Kes wanita disyaki dibunuh di hotel, dua warga asing ditahan

Shopee Sale

Dua lelaki warga asing ditahan berhubung kes kematian seorang wanita dipercayai dibunuh di sebuah hotel di Taman Mawar, Puchong, semalam.

Ketua Polis Daerah Serdang ACP A. A Anbalagan dalam kenyataan hari ini berkata kedua-dua suspek berusia 39 tahun itu ditahan pada 3 pagi tadi di sekitar kawasan Bukit Puchong.

Beliau berkata suspek direman enam hari hingga 6 Jan ini bagi membantu siasatan.

“Polis menerima panggilan daripada seorang lelaki tempatan berkenaan penemuan seorang wanita dipercayai warga asing, berusia lingkungan 30-an dalam keadaan tidak sedarkan diri dan berlumuran darah disyaki telah dibunuh di hotel tersebut.

“Bedah siasat akan dijalankan di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang bagi mengenal pasti punca kematian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau pegawai penyiasat kanan ASP Siti Zamarah Jamaludin di talian 03-8074 2222.

MENARIK:  NUTP: Dakwaan guru ramai palsukan MC tak bertanggungjawab

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular