Kesepakatan akar umbi PH, BN masih berselerak – Amanah

Shopee Sale

Undi PH dan BN yang masih berpecah serta kerjasama tempang di peringkat akar umbi menjadi punca kegagalan parti kerajaan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Sungai Bakap baru-baru ini.

Timbalan Presiden Amanah, Mujahid Yusof, berkata meskipun kesepakatan diwujudkan bagi membentuk kerajaan, ia masih gagal ditejemahkan di peringkat akar umbi kedua-dua parti itu.

"Landskap politik selepas PRU 2022 ditandai dengan desakan membentuk politik kesepakatan untuk melahirkan kestabilan politik setelah menemui jalan mati membentuk kerajaan.

"Terbentuknya kerajaan hari ini - walaupun stabil dari segi majoriti - tetapi dari sudut undi rakyat ia masih berpecah kepada segmen PN, BN dan PH dan anak muda yang tidak menentu.

"Di peringkat akar umbi keadaanya masih berselarak dengan pelbagai masalah dalaman parti masing-masing termasuk melibatkan parti komponen kerajaan sendiri.

"Fakta ini sendiri menyumbang gerak kerja yang masih tempang di akar umbi terkhusus antara PH-BN, walaupun di peringkat atasan pemimpin PH-BN dapat menserasikan diri sesama mereka," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sabtu lalu, PN berjaya mempertahankan penguasaan mereka di DUN Sungai Bakap apabila Abidin Ismail menang kerusi berkenaan dengan memperoleh 14,489 undi menewaskan pencabar dari PH, Joohari Ariffin.

Analisis awal menunjukkan peratusan undi yang dimenangi PN meningkat daripada 52.7 peratus pada pilihan raya negeri tahun lalu kepada 58.6 peratus pada PRK kali ini.

Sebaliknya, undi PH merosot daripada 47.3 peratus kepada 41.4 peratus.

MENARIK:  Tiada duit raya, rumah terbuka S'gor bukan kempen - MB

Mengulas lanjut, Mujahid berkata di peringkat negeri dan bahagian seolah-olah wujud jurang yang besar di antara PH dan BN dalam mencapai maksud politik kesepakatan yang sebenar.

"Program mencapai maksud kesepakatan sebenar harus dijadikan keutamaan kerana ia akan menjadi faktor pengubah kepada penguasaan kerajaan perpaduan apabila berhadapan dengan politik akar umbi seperti PRK baru-baru ini.

"Jika keadaan ini tidak berubah, kita menjangkakan dalam mana-mana PRK akan datang penyandang akan kekal kerana tidak ada kesepakatan akar umbi di bawah.

"Menuding jari mencari siapa yang membawa undi atau gagal membawa undi tidak akan membantu keadaan," katanya lagi.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular