Kesesakan di MRT Pasar Seni: Prasarana ambil langkah penambahbaikan

Shopee Sale

Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) memperkukuh prosedur operasi standard (SOP) pengurusan penumpang terutama ketika waktu puncak susulan isu kesesakan di Stesen MRT Pasar Seni yang tular di media sosial pada 26 Nov lepas.

Prasarana dalam kenyataan hari ini memaklumkan kejadian itu dilaporkan berlaku pada waktu puncak sekitar 6.45 petang akibat kelewatan jadual perjalanan sebuah tren, menyebabkan pergerakan penumpang terganggu dan mengakibatkan kesesakan di platform Stesen MRT Pasar Seni.

Bagi memastikan kejadian seumpama itu tidak berulang, Prasarana melakukan penambahbaikan antaranya menyusun semula penempatan Polis Bantuan di kawasan utama yang mempunyai risiko keselamatan seperti platform dan eskalator untuk memastikan kawalan keselamatan lebih efektif.

Selain itu, pemantauan lebih kerap turut dijalankan bagi meninjau kepadatan penumpang di stesen terutama di platform ketika waktu puncak.

“Ini membolehkan pasukan Polis Bantuan bertindak dengan lebih cepat dan menempatkan anggotanya di kawasan kritikal,” menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, perkhidmatan MRT Laluan Kajang akan dipertingkatkan dengan penambahan bilangan tren daripada 39 kepada 42 tren menjelang Mac 2025, bertujuan meningkatkan kapasiti tren dan mengurangkan kesesakan di stesen sepanjang Laluan Kajang.

MENARIK:  Keluarga Albertine Leo tak kenal semua suspek culik, kata polis

Selain peningkatan jumlah tren, Prasarana memaklumkan kekerapan tren turut dipendekkan daripada empat minit pada masa ini kepada 3.7 minit, sekali gus mengurangkan waktu menunggu di platform terutama pada waktu puncak.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular