'Kesuma telah buat pembaharuan tadbir urus sebelum audit selesai'

Shopee Sale

Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) telah melaksanakan pelbagai pembaharuan untuk meningkatkan tadbir urus di seluruh kementerian biarpun sebelum audit selesai, termasuk di Human Resource Development Corporation (HRD Corp).

Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong berkata beliau dilantik sebagai menteri berkenaan pada Disember tahun lepas manakala isu yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) adalah bagi tempoh 2019 hingga 2023.

“Dalam tempoh enam bulan ini, sebelum audit selesai, Kesuma telah melakukan pelbagai pembaharuan untuk meningkatkan tadbir urus di seluruh kementerian. Di HRD Corp kami menubuhkan Jawatankuasa Risiko dan Jawatankuasa Audit baru sebagai usaha memastikan pengurusan kewangan yang lebih baik.

“Mengetatkan prosedur dalam mentadbir pelaburan juga dilaksanakan. Dana Inisiatif Strategik (SIF) baru diwujudkan untuk mengasingkan akaun amanah levi. Levi sepatutnya hanya digunakan sepanuhnya untuk tujuan latihan oleh majikan kepada pekerja mereka.

“SIF dibiayai daripada keuntungan HRD Corp dan ia untuk digunakan sebagai menyokong pelbagai latihan kemahiran dan inisiatif pembangunan modal insan seperti untuk membantu golongan PKS (Perusahaan Kecil dan Sederhana) yang mungkin tidak memiliki atau memiliki levi HRD Corp yang terhad untuk melatih pekerja mereka dan menyediakan latihan kemahiran kepada golongan rentan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sim berkata kementeriannya turut memperkenalkan langkah jangka pendek untuk meningkatkan kualiti latihan dan menggalakkan penggunaan levi yang lebih tinggi dalam kalangan majikan, sekali gus memastikan ia digunakan sebanyak dan secepat mungkin untuk pembangunan modal insan.

Menurut Sim, beliau telah mengarahkan Kesuma dan HRD Corp untuk memberikan kerjasama sepenuhnya ‘tanpa sebarang halangan’ terhadap proses audit oleh Jabatan Audit Negara dan PAC apabila dimaklumkan tentang audit itu semasa mengambil alih jawatan.

MENARIK:  Buku lama, kata exco ulas Melaka The Guide salah fakta

Beliau berkata maklum balas segera diberikan oleh Kesuma selepas kedua-dua laporan terbabit dibentangkan, yang turut menyaksikan laporan dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam tempoh 24 jam, sekali gus menunjukkan asprirasi Kesuma terhadap akauntabiliti dan integriti yang tinggi.

Sim berkata beliau juga telah mengarahkan Ketua Setiausaha kementerian Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud dan Ketua Eksekutif HRD Corp Datuk Shahul Dawood untuk membuat laporan terbabit.

Sebanyak tiga kenyataan turut dikeluarkan oleh beliau, Khairul Dzaimee dan Pengerusi Lembaga Pengarah HRD Corp Datuk Abu Huraira Abu Yazid, juga dalam tempoh 24 jam selepas kedua-dua laporan dibentangkan, yang disifatkan Sim sebagai "menunjukkan keseriusan dan bahawa pihak kepimpinan menangani situasi dengan segera".

-Bernama

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular