'Keterangan tidak konsisten, antara faktor sambung reman ibu bapa Zayn Rayyan'

Shopee Sale

Keterangan tidak konsisten antara faktor tempoh reman ibu bapa kanak-kanak autisme yang ditemukan meninggal dunia pada Disember tahun lepas, Zayn Rayyan Abdul Matiin, disambung.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata selain memperincikan siasatan, pihaknya juga akan menggunakan tempoh itu untuk memuktamadkan segala isu berkaitan kes termasuk bukti fizikal dan lokasi kejadian.

"Terdapat perkara yang tidak konsisten yang perlu diselesaikan. Sebab itu kita perlukan enam hari lagi untuk siasatan lanjut dan menyelesaikan sebarang percanggahan sehingga kita berpuas hati dengan hasilnya.

"Tidak konsisten daripada kedua ibu bapanya dan saksi-saksi lain…yang ini, tidak boleh diperincikan sebab dalam siasatan," katanya kepada media selepas merasmikan Taman Angkat Aman Wanita (Amanita) Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Selangor 2024 di Taman Rakan di Kajang hari ini.

Beliau berkata pihaknya akan menggunakan tempoh enam hari itu untuk meneruskan siasatan sebelum merujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) untuk tindakan lanjut.

"Mungkin ada lagi tindakan yang melibatkan orang lain ataupun perkara lain yang tidak melibatkan ibu bapa ini," katanya.

Semalam, Mahkamah Majistret Petaling Jaya membenarkan permohonan sambung reman terhadap ibu bapa Zayn Rayyan sehingga Rabu depan (12 Jun) bagi membantu siasatan kes pembunuhan kanak-kanak itu.

Tempoh reman selama tujuh hari terhadap pasangan suami isteri berusia 28 tahun itu sebelum ini, tamat semalam.

MENARIK:  Musa mengaku tiada dokumen khusus Yeoh cuba jadikan negara Kristian

Pasangan suami isteri berkenaan ditahan pada 10.05 pagi 31 Mei lepas di Puncak Alam, Selangor bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Pada 6 Dis lepas, mayat Zayn Rayyan, 6, ditemukan dalam keadaan terbaring di aliran anak sungai berhampiran rumahnya di Apartment Idaman Damansara Damai, Petaling Jaya dekat sini, sehari selepas polis menerima laporan kehilangannya.

Kanak-kanak itu dipercayai dibunuh apabila hasil bezah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher dan badannya.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular