Ketua PBB sedih kematian kakitangan di Gaza

Shopee Sale

Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres berasa amat sedih dengan kematian seorang kakitangan Jabatan Keselamatan PBB (DSS) serta kecederaan kepada seorang lagi anggota agensi itu dalam satu serangan di Gaza, menurut timbalan jurucakapnya pada Isnin, lapor Xinhua.

Timbalan jurucakap PBB, Farhan Haq berkata insiden itu berlaku pada pagi Isnin apabila kenderaan mereka yang bertanda PBB diserang semasa dalam perjalanan ke Hospital Eropah di Rafah.

"Setiausaha agung mengutuk semua serangan ke atas kakitangan PBB dan menggesa siasatan penuh. Beliau menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga anggota kakitangan yang terkorban," katanya.

Menurut Haq, dengan konflik di Gaza bukan sahaja menjejaskan orang awam tetapi juga pekerja kemanusiaan, Setiausaha Agung mengulangi gesaannya untuk gencatan senjata kemanusiaan segera di wilayah itu.

Beliau berkata nama dan kewarganegaraan kakitangan DSS yang terbunuh dan cedera masih dirahsiakan ketika Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sedang dalam proses memaklumkan kepada kerajaan yang berkenaan dan ahli keluarga yang terlibat.

Anggota DSS tersebut merupakan kakitangan antarabangsa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang pertama terbunuh di Gaza sejak 7 Okt 2023.

MENARIK:  Johor teruskan siasatan isu sejadah mini

Konflik itu setakat ini mengakibatkan kira-kira 190 kakitangan PBB Palestin terbunuh.

Beliau menyatakan bahawa badan dunia itu sedang berusaha mendapatkan butiran insiden berkenaan

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular