‘Kill switch’ untuk konsert hanya dalam keadaan mendesak – Menteri

Shopee Sale

PARLIMEN l Mekanisme suis pemati (kill switch) bagi persembahan konsert hanya akan digunakan dalam keadaan yang amat perlu atau benar-benar mendesak sahaja, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Beliau berkata mekanisme itu diperkenalkan bagi membendung perkara yang melanggar undang-undang negara ini daripada berulang, selain merupakan salah satu elemen mengelak insiden tidak diingini daripada berlaku.

“Mekanisme kill switch ini mula dicadangkan untuk diguna pakai penganjur konsert susulan insiden kumpulan The 1975 yang berlaku di Good Vibes Festival tahun lepas.

“Insiden itu merupakan pertama kali berlaku melibatkan artis sewaktu persembahan, dan satu-satunya yang berlaku daripada 344 persembahan yang telah diluluskan pada tahun 2023,” katanya ketika menggulung perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat, hari ini.

Fahmi berkata mekanisme itu turut dipertimbangkan untuk dimasukkan dalam Garis Panduan Jawatankuasa Permohonan Penggambaran Filem Asing dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL) yang sedang dipinda.

Menurutnya ia diharap dapat membantu meningkatkan kefahaman terutamanya penganjur konsert baharu supaya membuat persiapan rapi dengan mengambil kira insiden negatif yang boleh berlaku sewaktu acara berlangsung.

Beliau berkata kerajaan telah memberikan inisiatif penurunan duti hiburan daripada 25 peratus kepada 10 peratus bagi persembahan artis luar negara pada tahun 2024, yang merupakan antara langkah untuk menarik lebih banyak lagi persembahan artis-artis luar negara ke Malaysia.

Sementara itu Fahmi berkata berkata cadangan pindaan kepada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) telah dimuktamadkan dari segi dasar, dan telah dibentang dan diluluskan oleh Jemaah Menteri pada 8 Mac lepas.

MENARIK:  Perkasa teruskan boikot stesen minyak Petronas

Bagi menangani isu penyebaran berita palsu dan 3R pula, beliau berkata akta perundangan sedia ada, antaranya Seksyen 505 Akta 574 dan Seksyen 233 Akta 588, dilihat masih relevan bagi mengambil tindakan kawal selia dan penguatkuasaan terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Kerjasama erat antara agensi-agensi penguatkuasaan seperti PDRM dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) sentiasa ditingkatkan berpandukan kedua-dua Akta 574 dan 588 bagi memastikan isu kandungan berita palsu dan 3R dapat dibendung dengan kadar segera,” katanya.

Beliau berkata MCMC komited memberikan bantuan teknikal kepada PDRM dalam menjalankan siasatan secara telus dan berpandukan kepada garis panduan, tatacara dan prosedur serta peruntukan di bawah Akta 588 bagi memastikan prinsip undang-undang dapat ditegakkan dengan seadilnya.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular