KJ: Isu Asia Mobiliti jejas 'kelebihan moral' Yeoh

Shopee Sale

Pemilihan Asia Mobility Sdn Bhd (Asia Mobiliti), yang merupakan milik suami kepada Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, sebagai salah satu syarikat untuk projek rintis Transit Responsif Atas Permintaan (DRT) di Selangor telah mencemarkan kedudukan moral Menteri itu.

Suami Yeoh, Ramachandran Muniandy adalah CEO Asia Mobiliti.

Bekas Menteri kesihatan Khairy Jamaluddin berkata ini kerana Yeoh adalah antara ahli parlimen PH yang mempamerkan kelebihan moral sepanjang kerjaya politiknya, terutama ketika BN mentadbir negara.

"Antara pemimpin PH yang suka mempamerkan kelebihan moralnya sebenarnya adalah Hannah Yeoh...seolah-olah BN (ketika mentadbir negara) tiada moral, (mengamalkan) kapitalisme kroni dan sebagainya.

"Jadi bila benda ini jadi kepadanya, bukan hanya penyokong PN dan yang atas pagar, penyokong PH sendiri agak keras (dalam kritikan) terhadapnya," katanya dalam episode terbaru podcast Keluar Sekejap.

Semalam, Menteri Besar Selangor Amirudin Shari berkata pihaknya sedia untuk mendedahkan perincian berhubung pelantikan Asia Mobiliti bagi projek tersebut.

Sebelum itu pula, Exco Selangor Ng Sze Han berkata syarikat-syarikat yang terlibat dalam projek itu dipilih melalui proses Request for Proposal (Permintaan untuk Cadangan) bukannya melalui tender.


PANDUANKINI | Siapa terlibat dan apa itu projek DRT S’gor?


Seorang lagi hos, Shahril Hamdan pula mencadangkan pelaksanaan kod kelakuan menteri, yang akan memerlukan menteri mengisytiharkan sebarang urusan perniagan melibatkan pasangan mereka.

Kata Shahril, garis panduan itu - serupa seperti apa yang dilaksanakan di Singapura dan United Kingdom - perlu bagi menghindarkan konflik kepentingan, nepotisme dan kronisme di peringkat tertinggi kerajaan.

"Saya pasti Ramachandran adalah seorang ahli perniagaan yang layak dan sah, tetapi isunya adalah dia suami kepada menteri.

MENARIK:  Pembaharuan fiskal perlu agar ekonomi bertunjang di landasan mampan - PM

"Jadi Bagaimana anda mengendalikan dua perkara ini? Dia juga layak untuk ada kerjaya," katanya lagi.

Ramachandran Muniandy

Khairy setuju dengan cadangan Shahril dan menegaskan ahli politik tidak seharusnya terlibat dalam sebarang keputusan kerajaan secara langsung mahupun tidak langsung, termasuk dalam soal berkaitan pasangan mereka.

Pada masa sama, bekas ahli parlimen Rembau itu berkata gesaan agar Yeoh dan Ramachandran untuk letak jawatan ekoran dakwaan konflik kepentingan buat masa ini adalah "ekstrem dan tidak adil".

Dia mengimbas kembali amalan semasa dia berada dalam kerajaan, di mana ada menteri yang tidak menyertai mesyuarat kabinet apabila jemaah menteri membincangkan soal urusan perniagaan melibatkan pasangan mereka.

"Ini perkara biasa dan diminitkan dalam minit mesyuarat," katanya.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular