KJ yakin Umno bantah isu Blackrock jika dibawa ke jemaah menteri

Shopee Sale

Bekas pemimpin Umno Khairy Jamaluddin berkata bahawa dia yakin menteri-menteri Umno tidak akan setuju dengan pengambilalihan Malaysian Airlines Holdings Berhad (MAHB) oleh syarikat Blackrock yang didakwa menyokong genosid Palestin, sekiranya isu itu dibawa ke jemaah menteri.

"Saya nak bersangka baik rakan dari Umno. Saya yakin jika perkara ini dibawa ke jemaah menteri saya yakin menteri Umno akan bantah.

“Kalau dibawa ke jemaah menteri dan ditanya ke jemaah menteri, boleh ke tidak benarkan Khazanah jual kepada BlackRock, menteri Umno yang saya kenal takkan setuju," katanya selepas menghadiri forum ‘Tolak Blackrock’ anjuran Sekretariat Solidariti Palestin (SSP) di Kuala Lumpur, hari ini.

Terdahulu, dia ditanya kenapa tiada tindakan daripada anggota kabinet berhubung isu pengambil alihan MAHB oleh Blackrock.

Mengulas lanjut, Khairy yang juga bekas menteri kabinet berkata kebanyakan masa urusan Khazanah Nasional tidak dibincang dalam jemaah kabinet.

"Saya rasa benda ini tidak diletakkan di dalam jemaah menteri pun. Sebab biasanya tiada keperluan isu Khazanah dibawa ke jemaah menteri.

MENARIK:  Kastam Pahang rampas rokok seludup lebih RM700,000 di Johor

"Dia diputuskan di lembaga pengarah Khazanah dan dimaklumkan kepada pengurusan Khazanah. Jika ia melibatkan sesuatu akan sentuh dasar kerajaan wajar perkara ini dimaklumkan kepada jemaah menteri," katanya.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular