K'jaan alu-alukan syarikat penerbangan mula operasi antarabangsa di LTSIP

Shopee Sale

Kerajaan mengalu-alukan mana-mana syarikat penerbangan untuk memulakan operasi penerbangan antarabangsa di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) di Pengkalan Chepa, Kelantan.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke bagaimanapun berkata syarikat penerbangan terbabit perlu mendapat kebenaran dan kelulusan daripada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) terlebih dahulu.

"Sebenarnya tiada masalah bagi mana-mana syarikat penerbangan memulakan penerbangan antarabangsa dari LTSIP.

"Sebagai contoh penerbangan dari Singapura, Thailand atau mana-mana negara di rantau Asia, terpulang kepada syarikat penerbangan terbabit,” katanya.

Loke berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian operasi fasa satu projek pembesaran dan menaik taraf LTSIP, hari ini.

Ia turut dihadiri Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar Kelantan, Dr Izani Husin.

Sebelum ini Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata Putrajaya bersetuju dengan cadangan kerajaan Kelantan bagi menambah 400 meter lagi landasan di LTSIP untuk menjadikan ia lapangan terbang antarabangsa.

Anwar juga berkata dia akan meminta Loke untuk menyegerakan pembinaan LTSIP yang sedang dilakukan ketika ini.

Pengoperasian terminal LTSIP fasa satu pada 1 Mei lepas mampu menampung 1.5 juta penumpang, manakala pembinaan fasa dua akan dilaksanakan serta-merta dan dijangka dapat menampung sehingga empat juta penumpang.

MENARIK:  Ops Lalang: Kabinet tak bincang permohonan maaf pada mangsa - Fahmi

Loke memberi jaminan pembinaan Fasa 2 LTSIP tidak menjadi masalah dan mampu disempurnakan mengikut jadual. Ia dijangka siap sepenuhnya pada Jan tahun depan.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular