K'jaan rugi RM185 juta akibat vaksin Covid-19 luput

Shopee Sale

Kerajaan rugi RM185 juta setelah lebih 10.8 peratus daripada jumlah vaksin yang dibeli dan disumbang bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (Pick) luput, kata Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad.

"Sejak daripada Pick, bermula rasminya 24 Feb 2021, kerajaan menerima 84.5 juta dos, sama ada daripada perolehan dan sumbangan.

"Sehingga 11 Jun 2024 sebanyak 9,159,151 dos dalam stok vaksin yang pelbagai jenama telah luput sama ada dalam fasiliti KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) mahupun gudang simpanan yang merupakan 10.8% daripada jumlah dos kita perolehi dan sumbangan.

"Kerugian ini juga termasuk dengan hal-hal berkaitan dengan logistik dari simpanan stor dan sebagainya," katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Ahli parlimen Kuala Selangor itu terdahulu menjawab soalan Jalaluddin Alias (Jelebu-BN) yang meminta KKM menyatakan jumlah sebenar vaksin Covid-19 yang terpaksa dilupuskan kerana tamat tempoh dan anggaran kerugian ditanggung kerajaan.

Bagaimanapun, Dzulkefly mempertahankan keputusan menteri-sebelumnya yang membeli dos vaksin dengan jumlah yang banyak.

"Persoalannya menteri-menteri terdahulu sebelum saya, mereka tidak mempunyai prosedur operasi standard (SOP), amalan sebelum kerana itu adalah pandemik pertama kali.

"Dengan itu saya memahami kalau pun ada stok berlebihan itu kerana ketika itu mempunyai persaingan untuk mendapatkan vaksin sangat sengit," katanya.

Sementara itu, Dzul berkata kementerian terus memantau kesan-kesan sampingan akibat suntikan vaksin kepada rakyat Malaysia.

MENARIK:  Perhilitan tangkap gajah seberat 2 tan rosakkan tanaman penduduk

"Kita dari awal lagi, NPRA (Bahagian Regulatori Farmasi Negara) memantau berterusan sejak daripada kita mulakan Pick. Kita telah memberikan 72 juta dos suntikan bahawa atas pelbagai jenama.

"Dari segi kesan selepas suntikan lebih kurang 368 kesan sampingan biasa daripada 1 juta. Tetapi, kes yang serius itu adalah 26 kes pada setiap 1 juta, terkait dengan masuk wad atau membahayakan nyawa.

"Kami mengakui ada pemantauan berterusan dan setiap satu kematian itu disusuli dengan forensik mengenal pasti atau pun sebab kematian," katanya.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular