K'jaan tak bincang kembalikan GST tangani isu hapus subsidi RON95

Shopee Sale

Kerajaan tidak bercadang memperkenalkan cukai kepenggunaan yang menyeluruh, terutamanya cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sebagai alternatif menghapuskan subsidi petrol RON95, kata Fahmi Fadzil.

Jurucakap kerajaan perpaduan itu juga menegaskan bahawa tiada sebarang perbincangan dilakukan berhubung perkara itu.

"Tidak, tidak pernah ada perbincangan," katanya ringkas ketika ditanya pemberita mengenai khabar angin berkenaan selepas menghadiri sesi raptai penuh sambutan Hari Kebangsaan 2024 di Dataran Putrajaya hari ini.

Fahmi berkata demikian sebagai mengulas sebuah artikel media dalam talian yang mendakwa kerajaan sedang mempertimbangkan cadangan untuk mengembalikan cukai kepenggunaan secara menyeluruh, bukannya melaksanakan pemotongan subsidi petrol RON95 sebagai usaha untuk meningkatkan kewangan negara.

Artikel itu juga mendakwa kabinet membincangkan perkara berkenaan kerana terdapat pandangan bahawa mengenakan GST mungkin lebih mudah dari segi politik berbanding menghapuskan subsidi petrol RON95 memandangkan Malaysia ialah pengeluar minyak dan kebanyakan rakyat menganggap petrol murah sebagai satu keperluan.

Sementara itu, Menteri Ekonomi Rafizi Ramli dilaporkan berkata Malaysia tidak berhasrat mengembalikan semula GST untuk meningkatkan hasilnya, sepertimana disarankan Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD).

MENARIK:  Amirudin beri bayangan calon DAP wakili PH di PRK Kuala Kubu Baharu

Rafizi berkata terdapat banyak cara untuk mencapai pengukuhan fiskal dengan kumpulan berbeza yang menawarkan pelbagai perspektif.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular