K'jaan tak mahu perkenal cukai baru bebankan rakyat – PM

Shopee Sale

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan tidak mahu memperkenal intrumen percukaian baru sebaliknya melakukan penyasaran subsidi lebih adil dan menepati keperluan rakyat.

Beliau berkata penyasaran subsidi diesel yang diumum sebelum ini mengecualikan golongan berpendapatan rendah seperti nelayan, pekebun kecil dan pemandu teksi daripada cukai itu.

“Saya tidak mahu perkenalkan instrumen percukaian baru yang membebankan rakyat, tentang penyasaran subsidi diesel, diesel yang bocor ini melibatkan berbilion ringgit… orang kaya, perindustrian besar yang kerajaan masih berikan subsidi.

“Jadi penyasaran subsidi itu dikenakan kepada orang-orang kaya, industri besar dan warga asing. Para nelayan dan pekebun kecil, pemandu grab dan teksi, semua dikecualikan… mungkin hampir sejuta rakyat dikecualikan daripada dikenakan cukai diesel,” katanya.

Anwar berkata demikian ketika berucap di Konvensyen Madani yang turut dihadiri Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Dalam pada itu, Perdana Menteri turut menggesa semua kementerian dan jabatan menjadikan slogan Madani satu konsep yang dinamik selari dengan perkembangan teknologi, digitalisasi serta kecerdasan buatan (AI) dalam membangunkan negara.

Anwar juga menyentuh mengenai Persidangan Ekonomi Islam yang berlangsung pada 28 dan 29 Mei ini di Kuala Lumpur yang akan mengambil kira teras Maqasid Syariah iaitu skop lebih luas dan menyeluruh.

“Persidangan ekonomi tersebut akan melihat ekonomi Islam dari aspek Maqasid yang lebih luas, bermakna bagaimana penyertaan rakyat, memperbaiki kesenjangan sosial, menggunakan peluang dan meneroka teknologi digital AI.

“Persidangan itu akan membawa satu pemikiran baru yang saya anggap Madani kerana ia membicarakan soal masyarakat, mencakupi semua bidang,” katanya.

MENARIK:  Tak perlu tangkap, Badrul Hisham tak ada kredibiliti - Sivarasa

Ab Rauf pula berkata 10 resolusi telah diperhalusi untuk dicerakin dan direalisasikan dalam konvensyen yang berlangsung selama dua hari bermula semalam itu.

Beliau berkata ia termasuk mengakui Malaysia Madani adalah gagasan yang berupaya menyelesaikan permasalahan ummah, memenuhi kehendak semasa dan masa hadapan serta potensi rakyat negeri dan negara.

“Suara dan hasrat rakyat serta agensi kerajaan harus disinergikan sebagai usaha membangun negara Madani seiring dengan kegiatan dakwah agar mesej Rahmah dapat diterjemahkan kepada masyarakat dengan lebih strategik.

“Jabatan Ketua Menteri sebagai jabatan utama negeri perlu menjadi penyelaras bagi penyaluran dana daripada kerajaan kepada rakyat di seluruh negeri Melaka,” katanya.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular