K'jaan terus beri galakan pada pemaju rumah mampu milik – Fadillah

Shopee Sale

Kerajaan akan terus memberi galakan menerusi pelbagai insentif termasuk pelepasan cukai dan akses kepada tanah yang lebih strategik kepada pemaju yang komited dengan pembinaan rumah mampu milik (RMM), kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Beliau yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata kerjasama strategik dengan sektor kewangan turut akan dipertingkatkan untuk memudahkan akses pembiayaan perumahan bagi rakyat terutama golongan muda.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Perumahan Mampu Milik Negara (MPMMN) bagi membincangkan isu-isu perumahan mampu milik antara kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri dan pemain industri di Bangunan Parlimen di Kuala Lumpur semalam.

“Adalah mustahak bagi semua pihak menggembleng tenaga dalam usaha mewujudkan ekosistem perumahan yang mencerminkan keupayaan, kemampuan dan permintaan sebenar pasaran.

“Intervensi kerajaan bagi golongan kumpulan sasar ini amat diperlukan kerana tahap kemampuan mereka masih rendah untuk memiliki rumah pada harga pasaran. Pihak swasta juga perlu berganding bahu membina rumah pada harga yang mampu dimiliki oleh lokaliti,” katanya dalam hantaran di Facebook semalam.

Mesyuarat itu dihadiri Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi, Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, exco perumahan negeri di Semenanjung, menteri Persekutuan yang berkaitan dan pegawai kanan kerajaan.

MENARIK:  Prestasi ringgit di landasan tepat, cerminan asas ekonomi kukuh - Gabenor BNM

Fadillah berkata MPMMN yang merupakan majlis peringkat tinggi mempunyai perananan dan fungsi utama dalam membincang dan menyelaras isu berkenaan peranancang, penyelaras dan pemantau penyediaan RMM yang disasarkan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).

Selain itu, beliau berkata MPMMN juga berperananan menanda dan menentukan paradigma baharu yang tuntas kepada agenda perumahan negara.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular