K'jaan usul rujuk Wan Saiful ke Jk hak dan kebebasan parlimen

Shopee Sale

Kerajaan mengusulkan untuk merujuk wakil rakyat Bersatu Wan Saiful Wan Jan kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen susulan dakwaannya ditawarkan habuan akan digugurkan kes mahkamah untuk menyokong Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Usul yang dikemukakan menteri di Jabatan Perdana Menteri itu dilihat dalam aturan urusan mesyuarat Dewan Rakyat yang akan bersidang esok hari.

“Bahawa pada hari Rabu, 28 Februari 2024 dan Khamis, 21 Mac 2024 Yang Berhormat Datuk Wan Saifulruddin Wan Jan, Ahli Parlimen Tasek Gelugor telah menyatakan bahawa pertuduhan kes mahkamah terhadap Yang Berhormat Tasek Gelugor boleh dibatal dan digugurkan masing-masing seperti dalam Penyata Rasmi muka surat 41 pada 28 Februari 2024 dan Penyata Rasmi muka surat 38 dan 39 pada 21 Mac 2024.

"Bahawa Dewan yang mulia ini memandang serius kenyataan Ahli Parlimen Tasek Gelugor dimana secara tersirat telah mendakwa bahawa ada individu yang konon bertindak bagi Kerajaan boleh memanipulasi untuk membatal atau mengugur pertuduhan kes mahkamah terhadap Ahli Parlimen Tasek Gelugor.

"Bahawa perbuatan ini telah menunjukkan Ahli Parlimen Tasek Gelugor telah menyebut perkara yang sedang dalam timbangan mahkamah dan boleh dianggap merosakkan kepentingan pihak-pihak yang berbicara dalam kes tersebut," kata usul berkenaan.

Menteri di JPM menjelaskan usulnya merujuk ahli parlimen Tasek Gelugor kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Rakyat.

"(Ini) untuk membuat penentuan sama ada kenyataan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Tasek Gelugor dalam Dewan itu mengelirukan Dewan dan merosakkan kepentingan pihak-pihak yang berbicara dalam kes tersebut," kata usul itu.

MENARIK:  Rafizi: Perlu lebih banyak pemula niaga, syarikat teknologi tinggi di Bursa

Selain itu, menteri di JPM berkata usulnya juga supaya jawatankuasa mengambil apa-apa keterangan yang difikirkan perlu dan membuat syor dalam satu penyata untuk pertimbangan Dewan Rakyat.

Pada 28 Februari lalu, Wan Saiful mendakwa dia ditawarkan habuan untuk menyokong Anwar.

Susulan itu, SPRM memintanya untuk membuat laporan serta memanggilnya untuk memberi keterangan.

Namun, Wan Saiful berkata dia tidak dapat hadir ke ibu pejabat SPRM ekoran tarikh yang tidak sesuai, selain membangkitkan soal kekebalan anggota parlimen dalam Dewan Rakyat.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular