KKM pantau rapi gelombang baru Covid-19 di Singapura

Shopee Sale

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memantau rapi trajektori gelombang peningkatan dua kali ganda kes-kes Covid-19 baru-baru ini sebagaimana dilaporkan oleh Singapura.

Menerusi platform X hari ini, Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad berkata dimaklumkan bahawa gabungan bahagian subvarian KP.1 dan KP.2 kini merekodkan lebih dua per tiga kes COVID-19 di Singapura.

Katanya, di Malaysia jumlah kes Covid-19 yang dilaporkan pada minggu 12 hingga 18 Mei 2024 ialah 1,230 berbanding 1,071 kes pada minggu sebelumnya atau meningkat 14.8 peratus.

Bagaimanapun tambah Dzulkefly tiada kematian baru akibat Covid-19 dilaporkan sejak 25 April lalu.

“Mengenai varian yang sedang menular, KKM melaporkan setiap KP.1.1 dan KP.2.1 pada Mac 2024, kedua-duanya mempunyai simptom ringan dan tidak melaporkan sebarang peningkatan ketara dalam kes Covid-19,” katanya.

Dzulkefly berkata KKM akan terus memantau keadaan dan memastikan sistem kesihatan negara bersedia untuk sebarang lonjakan kes.

Dia juga mengingatkan orang ramai supaya menjaga kebersihan diri, mengurangkan interaksi sosial apabila berasa tidak sihat dan memakai topeng jika berada dalam kumpulan berisiko tinggi di kawasan yang sangat sesak, atau jika bergejala.

MENARIK:  K'jaan kuat kuasa Perintah Perihal Dagangan 2023 mulai 4 Jun

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular