KM Melaka selar Mas Ermieyati kongsi video 'terlelap'

Shopee Sale

Ketua Menteri Melaka, Ab Rauf Yusoh menyelar Ahli Parlimen Masjid Tanah, Mas Ermieyati Samsudin kerana berkongsi video yang mendakwa dia sedang tidur semasa sidang DUN.

Ab Rauf mendakwa ahli parlimen itu “menghantar ejen” untuk memburukkan dirinya.

Pagi ini, Mas Ermieyati memuat naik video di laman Facebooknya, yang didakwa menunjukkan ketua menteri itu sedang terlelap semasa Persidangan Ketiga (Bajet) Penggal Ketiga DUN Melaka Ke-15.

Video itu disertakan dengan kapsyen: "Kesian YB... terlelap nampaknya. Keletihan..overtime semalam ya..."

Menurut laporan portal Melaka Hari Ini, Ab Rauf berkata siasatan mendapati individu yang merakam video tersebut dipercayai merupakan Pembantu Khas kepada Ahli Parlimen Masjid Tanah itu, sebelum mereka dihalau keluar dari dewan.

“Tiba-tiba sahaja gambar (video) saya seperti sedang tidur keluar di media sosial, rupanya seorang ahli parlimen hantar ejen untuk melihat apa ketua menteri sedang buat.

“Banyak kerja lain boleh dibuat Masjid Tanah! Saya pun tak tahu ahli parlimen apa macam ini?

“Kalau begitulah cara berpolitik iaitu dengan (niat mahu) menghina dan mengutuk pemimpin yang sedang memimpin negeri ke arah lebih baik, saya minta rakyat Melaka fikirlah apa yang baik untuk menjadi pemimpin terbaik,” katanya semasa ucapan penggulungan pada sidang dewan.

MENARIK:  ‘Zahid usik Bersih, sejauh mana Bersih itu Bersih’

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular