Kok diugut bunuh: Keganasan tak boleh diterima – DAP

Shopee Sale

Seluruh kepimpinan DAP mengutuk sekeras-kerasnya tindakan mengugut bunuh terhadap Naib Pengerusi Kebangsaan parti itu yang juga Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok Suh Sim.

Setiausaha Agung DAP Anthony Loke Siew Fook berkata sebarang unsur keganasan tidak boleh diterima sama sekali dalam masyarakat terutamanya dalam menangani perbezaan pendapat politik.

“Seluruh pimpinan DAP bersolidariti dengan beliau berdepan dengan ugutan ini,” katanya dalam kenyataan yang dimuat naik di Facebook beliau hari ini.

Loke pada masa sama turut mengucapkan terima kasih kepada pihak polis yang bertindak pantas selepas menerima laporan berhubung perkara itu.

“Saya yakin pihak polis akan menyiasat dengan terperinci dan menangkap pihak yang bertanggungjawab dalam kes jenayah terbabit,” katanya.

Terdahulu, polis mengesahkan menerima laporan daripada Ahli Parlimen itu berhubung ancaman surat berisi dua butir peluru dan satu kertas putih bersaiz A4 tertera perkataan ugutan bunuh yang diletakkan di peti surat kediamannya semalam.

MENARIK:  Empat projek naik taraf, bina loji rawatan air alami kelewatan - LKAN

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular