Kolam takungan banjir Kg Bohol cuma dinaik taraf

Shopee Sale

Kolam tampung banjir di Kampung Bohol, Kuala Lumpur, tidak akan dijadikan kawasan perumahan, kata Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan (PTGWP).

Timbalan Pengarah Pendaftaran Tanah PTGWP Mohd Firdaus Ibaruslan berkata bertentangan dengan laporan media dan apa yang diyakini sesetengah penduduk, kolam itu hanya dinaik taraf untuk meningkatkan kapasitinya sebanyak 7.5 kali ganda.

Katanya kapasiti semasa 150,000m³ - bersamaan dengan 60 kolam renang bersaiz Olimpik - akan ditingkatkan kepada 1.13 juta m³ atau bersamaan dengan 452 kolam renang bersaiz sama.

"Ini dijangka mengurangkan masalah banjir di kawasan itu kepada sekali setiap 100 tahun, tetapi ia boleh dinaik taraf pada masa hadapan untuk mengurangkan lagi kepada sekali setiap 200 tahun," katanya pada sesi taklimat kepada media di Kuala Lumpur hari ini.

Kawasan itu juga, menurut Mohd Firdaus, akan menjadi lokasi aktiviti riadah penduduk berhampiran.

Kawasan di sekitar kolam itu dilanda banjir besar beberapa kali iaitu pada Julai 2020, Mac dan Mei 2022, dan Dis 2023.

Sementara itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa, yang turut hadir pada taklimat itu berkata dia akan bertemu penduduk terbabit minggu depan.

Katanya mereka juga akan diberi taklimat mengenai rancangan kerajaan untuk kolam berkenaan,

"Minggu depan, insya-Allah, minggu depan," kata Zaliha.

Dr Zaliha Mustafa

Semalam, lebih 100 orang berkumpul di Kompleks Komuniti Kampung Muhibah untuk membantah rancangan transformasi kolam itu yang didakwa mahu dijadikan projek perumahan berkepadatan tinggi.

Menurut kumpulan itu, mereka menerima maklumat bahawa kerajaan meluluskan penggunaan enam bidang tanah bersebelahan kolam takungan tampung banjir Kampung Bohol bagi membina 5,000 unit rumah.

Sebelum ini, media melaporkan bahawa notis tender dikeluarkan oleh PTGWP baru-baru ini untuk mereka bentuk dan menaik taraf kolam tampung banjir mengikut Seksyen 76 Kanun Tanah Negara 1965.

MENARIK:  'Jemputan ahli politik sertai program sekolah perlu patuhi garis panduan'

Tambah Mohd Firdaus menjelaskan, sebuah syarikat swasta dipilih untuk menaik taraf kolam berkenaan sebagai pertukaran atas kelulusan membangunkan perumahan di atas tanah kerajaan.

Katanya syarikat terbabit akan membelanjakan kira-kira RM40 juta untuk kolam takungan banjir dan kawasan rekreasi berkenaan.

“Sebagai balasan, ia akan mendapat kelulusan penggunaan tanah kerajaan seluas 26.8 ekar tetapi perlu membayar premium tanah sekitar RM41.7 juta,” katanya.

Daripada enam bidang tanah yang dibenarkan itu, katanya, tiga akan digunakan untuk membangunkan rumah mampu milik, manakala satu lagi untuk mewujudkan perumahan Madani.

Selain itu, katanya, status rizab kolam itu dibatalkan supaya status rizab baru boleh digunakan berikutan saiz tanah yang semakin meningkat dan perubahan pelan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular