Komunikasi lemah antara faktor kalah PRK – Pemimpin Pemuda Amanah

Shopee Sale

Strategi komunikasi kerajaan perpaduan yang lemah antara faktor penyumbang utama kekalahannya dalam pilihan raya kecil (PRK) Sungai Bakap baru-baru ini, kata Pemuda Amanah Pulau Pinang.

Menurut ketuanya Muhamad Khairul Mohd Ali, sayap pemuda parti kerajaan gabungan itu mesti mengambil tanggungjawab bersama atas kegagalan menarik undi anak muda.

"Sebagai sebahagian kerajaan yang memimpin, ketidakupayaan memperoleh segmen undi anak muda menjadi semakin kronik.

"Faktor komunikasi yang lemah menjadi antara punca utama pengundi muda tidak mendapat maklumat yang sepatutnya.

"Penglibatan pemimpin pemuda parti perpaduan bersama anak muda juga menjadi isu yang perlu dititikberatkan," kata Muhamad Khairul dalam satu kenyataan hari ini.

Perikatan Nasional (PN) mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap dengan peningkatan majoriti dan bahagian undi pada PRK Sabtu lepas, apabila peratusan keluar mengundi yang lebih rendah menjejaskan Pakatan Harapan (PH).

PRK yang menyaksikan pengurangan kira-kira 4,500 pengundi keluar mengundi berbanding pilihan raya negeri tahun lepas, jumlah undi PN hanya berkurangan sebanyak 944.

PH sebaliknya menyaksikan undi mereka kurang 3,648 berbanding PRN tahun lalu.

Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli berkata analisis awal menunjukkan peratusan pengundi Melayu adalah 70 peratus, manakala hanya 47 peratus pengundi Cina dan 58 peratus pengundi India keluar mengundi.

Mengulas lanjut, Muhamad Khairul berkata kerajaan perpaduan dilihat tidak peduli dengan aspirasi belia dalam ekonomi dan pasaran pekerjaan negara, kerana kebanyakan bantuan dan skim mengenai perkara itu tidak didedahkan.

MENARIK:  Puad kecam pemimpin berlagak pahlawan sebelum dapat 'keris'

"Penstrukturan semula strategi politik dari Pemuda Perpaduan perlu dilakukan segera supaya anak muda kembali tertarik kepada kerajaan perpaduan," tambahnya.

Dia meramalkan pengundi khususnya kaum Cina menjauhi PRK itu mungkin disebabkan kekecewaan mereka terhadap pelbagai isu yang melanda negara.

Melangkah ke hadapan, Mohamad Khairul berkata kerajaan harus menumpukan usaha untuk merendahkan suhu politik perkauman dan lebih giat menarik minat golongan muda dengan penerangan menyeluruh dan terperinci mengenai inisiatif kerajaan untuk golongan itu.

Selepas Sungai Bakap, kerajaan perpaduan akan menghadapi satu lagi PRK bagi kerusi DUN Nenggiri di Kelantan yang dikuasai PAS.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 17 Ogos sebagai hari pengundian.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular