Kos lawatan Anwar RM6 juta, tapi k’jaan cuma bayar RM1.66 juta 

Shopee Sale

Kerajaan hanya membayar RM1.66 juta atau 27 peratus kos lawatan rasmi Perdana Menteri Anwar Ibrahim ke lima negara, berbanding kos sebenar RM6.162 juta.

Selebihnya RM4.5 juta atau 73 peratus, kata jurucakap kerajaan Fahmi Fadzil, ditanggung oleh syarikat penaja.

"Kerajaan membayar untuk penerbangan perdana menteri dan tidak dibiayai oleh mana-mana syarikat," katanya dalam sidang media di Kementerian Komunikasi, Putrajaya, hari ini.

Semalam, Anwar menjelaskan kira-kira 70 hingga 80 peratus kos melibatkan perjalanan dan lawatan rasminya ke lima negara ditanggung oleh syarikat swasta yang mengikuti urusan itu.

Anwar menjelaskan, pendekatan tersebut dilaksanakan untuk memastikan perbelanjaan membiayai lawatan rasmi ke luar negara diuruskan secekap mungkin.

Fahmi menjelaskan dengan  sewaan khas pesawa, kerajaan menjimatkan sejumlah RM900,000 daripada lawatan rasmi tersebut.

"Dengan sewaan khas pesawat ini, pihak kerajaan akan mendapati ada penjimatan jika dibandingkan dengan pesawat sedia ada yang jumlah kosnya akan mencecah RM2.5 juta,” katanya.

Kos penginapan, makanan dan pengangkutan pula diuruskan oleh kerajaan tuan rumah atau penganjur acara seperti Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec) dan Sidang Kemuncak G20.

Katanya, syarikat terlibat mempunyai tujuan pelaburan seperti Petronas yang mempunyai pelaburan sehingga USD$6 bilion di Brazil. 

MENARIK:  P Pinang jangka lebih banyak pelaburan berimpak tinggi dari China

Sementara itu, diminta mengulas sama ada kerajaan mahu mendedahkan nama-nama syarikat yang membuat tajaan itu, Fahmi berkata media boleh mengajukan soalan kepada Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (Miti).

Selain Petronas, semalam Anwar memberitahu Dewan Rakyat, bahawa Sapura Energy, Yinson, Proton dan syarikat semikonduktor yang tidak dinamakan, turut serta dalam lawatan itu.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular