KPDN serbu restoran pamer pelekat Muslim Kitchen tanpa sijil halal

Shopee Sale

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menyerbu sebuah restoran popular dengan menu 'cili pan mee' di Balakong tengah hari tadi kerana mempamerkan pelekat Muslim Kitchen walaupun tidak mempunyai sijil halal sah.

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDN cawangan Kajang Ruhaizad Zahari berkata serbuan pada pukul 1 tengah hari yang turut disertai empat pegawai penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) itu dilakukan selepas menerima aduan orang ramai.

Ruhaizad berkata siasatan mendapati premis yang baru beroperasi empat bulan itu, menggunakan tanda Muslim Kitchen yang dilekatkan di bahagian pintu dan ruangan makan, seolah-olah menunjukkan orang Islam boleh makan di situ, sedangkan ia tidak mempunyai persijilan halal.

“Pemilik premis yang merupakan lelaki tempatan, memberikan alasan dia meletakkan pelekat Muslim Kitchen itu atas saranan pelanggan, dan tidak mengetahui perbuatan berkenaan merupakan kesalahan.

"Ingin saya nasihatkan mana-mana premis makanan yang tidak mempunyai persijilan halal, tidak boleh menggunakan apa-apa perkataan atau hiasan seperti contoh bufet Ramadan menunjukkan makanan itu boleh dimakan oleh orang Islam," katanya dalam sidang media di lokasi serbuan hari ini.

Ruhaizad berkata berdasarkan pemerhatian selama seminggu, pihaknya mendapati premis yang turut mempunyai cawangan di pusat bandaraya, sering dikunjungi pelanggan beragama Islam.

MENARIK:  Pengurusan pekerja asing: 'Kontrak Bestinet dilanjut dengan syarat lebih ketat'

Beliau berkata rakaman percakapan awal pemilik premis telah dilakukan oleh JAIS dan kes disiasat mengikut Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011 iaitu menggunakan apa-apa petunjuk yang menunjukkan makanan itu boleh dimakan oleh orang Islam.

Pada masa sama, beliau memberi jaminan operasi sedemikian akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan kemaslahatan orang ramai selain pemilik premis makanan mengikut peraturan-peraturan yang disediakan.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular