KPDN tahan kontraktor beli diesel guna tong tanpa permit

Shopee Sale

Kementerian Perdagangan dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan menahan seorang kontraktor di sebuah stesen minyak di Wakaf Aik, Tawang di Bachok, malam tadi selepas melakukan pembelian diesel menggunakan 15 tong tanpa permit.

Pengarah KPDN Kelantan Azman Ismail berkata lelaki berusia 29 tahun itu ditahan pada 9 malam tadi oleh sepasukan petugas yang melakukan pemantauan di stesen terlibat.

Beliau berkata lelaki itu membuat pembelian diesel selepas beberapa jam pengumuman kerajaan berhubung pelaksanaan harga diesel tanpa subsidi pada kadar RM3.35 liter.

“KPDN mendapati kontraktor itu datang ke stesen minyak berkenaan menggunakan kereta pacuan empat roda jenis Toyota Hilux,” katanya kepada pemberita selepas pemantauan di stesen-stesen minyak di Pasir Pekan, di Tumpat, tengah malam tadi.

Azman berkata KPDN turut merampas 15 tong berkenaan dan enam daripadanya telah diisi diesel dengan setiap satu tong mengandungi 25 liter diesel.

Menurut beliau, suspek membeli diesel berkenaan menggunakan kad debit dan siasatan mendapati tujuan pembelian diesel untuk aktiviti pertanian manakala kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.

Sementara itu, Azman berkata KPDN turut menyita dokumen stesen berkenaan kerana mengenakan pembelian diesel bersyarat iaitu maksimum RM100 untuk setiap kenderaan.

MENARIK:  KPDN Kelantan jamin bekalan petrol, diesel cukup sepanjang Aidilfitri

Beliau berkata pengusaha stesen berkenaan menggunakan alasan diesel tidak mencukupi.

Semalam, Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengumumkan harga diesel di semua stesen runcit Semenanjung ditetapkan pada kadar RM3.35 seliter iaitu harga pasaran tanpa subsidi bermula 12.01 tengah malam tadi.

Beliau dilapor berkata ia harga pasaran tanpa subsidi berdasarkan purata bulan Mei 2024 mengikut formula Automatic Pricing Mechanism.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular