KPM: Murid bumiputera di SJKC naik hampir sekali ganda sejak 10 tahun

Shopee Sale

Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) menyaksikan peningkatan kemasukan murid bumiputera hampir sekali ganda dalam tempoh 10 tahun daripada 11.67 peratus pada 2014 kepada 18.52 peratus tahun ini, menurut Kementerian Pendidikan (KPM).

Dalam jawapan bertulis di laman Parlimen, KPM menyatakan kemasukan murid bukan bumiputera di SJKC pula menunjukkan penurunan bagi tempoh sama daripada 88.33 peratus kepada 81.48 peratus.

Trend sama direkodkan bagi kemasukan murid bukan bumiputera di Sekolah Kebangsaan (SK) yang menurun daripada 6.19 peratus pada 2014 kepada 4.88 peratus pada 2024, manakala kemasukan murid bumiputera ke sekolah berkenaan untuk tempoh sama meningkat daripada 93.81 peratus kepada 95.12 peratus.

“Bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT), terdapat peningkatan enrolmen murid bumiputera daripada 0.38 peratus pada 2014 kepada 0.49 peratus tahun ini, dan kadar murid bukan bumiputera di SJKT adalah sekitar 99 peratus untuk tempoh sama,” menurut KPM.

Selain itu KPM memaklumkan sehingga 31 Mei tahun ini, jumlah murid di sekolah antarabangsa adalah seramai 88,951 orang dengan 29,225 atau 32.9 peratus daripadanya bukan warganegara, manakala 59,726 (67.1 peratus) adalah warganegara, merangkumi 19.9 peratus bumiputera dan 80.1 peratus bukan bumiputera.

MENARIK:  Warga emas tempuh perjalanan hampir 200km untuk mengundi di KKB

KPM berkata kemasukan murid warganegara ke sekolah antarabangsa turut merekodkan peningkatan 34 peratus dari tahun 2019 ke 2024, dan dalam tempoh itu enrolmen murid bumiputera turut meningkat 49.4 peratus dan murid bukan bumiputera meningkat 30.6 peratus.

Kenyataan itu dikemukakan bagi menjawab soalan Chow Yu Hui (PH-Raub) yang ingin tahu statistik bilangan dan peratusan pelajar di sekolah-sekolah berkenaan.

-Bernama

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular