KPM: Sekolah terkesan banjir teruskan belajar guna kaedah PDPR

Shopee Sale

Institut pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang terkesan banjir dan dijadikan pusat pemindahan sementara PPS akan meneruskan pembelajaran menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran di rumah (PDPR).

Dalam kenyataan hari ini, KPM memaklumkan ia sama ada melibatkan semua murid untuk berada di rumah ataupun sebilangan murid tertentu akan melaksanakan PDPR dan pihak sekolah akan memaklumkan mengenai perkara berkenaan kepada mereka yang terjejas.

“Bagi murid yang berada di PPS premis sekolah, pihak jabatan pendidikan negeri (JPN) dan pejabat pendidikan daerah (PPD) telah menggerakkan Smart Support Team (SST) dan Academic Support Team (AST) untuk membantu murid dari aspek kaunseling dan pembelajaran,” kata KPM.

Setakat semalam (21 Sept), lima sekolah rendah dan sebuah sekolah menengah di Kedah masih dilanda banjir, manakala 36 institusi pendidikan di tiga negeri pula masih dijadikan PPS.

Ia melibatkan 20 sekolah rendah dan 16 sekolah menengah iaitu 34 PPS dibuka di Kedah serta Pulau Pinang dan Perak masing-masing satu PPS.

“Seramai 1,056 orang murid KPM masih berada di PPS premis sekolah manakala Perlis telah pulih sepenuhnya dengan semua PPS premis sekolah telah ditutup,” kata KPM yang menambah kementerian itu sentiasa memantau situasi banjir untuk memastikan keselamatan warganya.

MENARIK:  'Penang Women' - Pusat arkeologi Guar Kepah dibuka akhir tahun ini

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam berkata KPM akan menentukan sesi persekolahan bagi sekolah di Kedah yang terjejas akibat banjir atau PPS, termasuk mempertimbang untuk memberi kelonggaran kepada sekolah terlibat.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular