KPT: Henti polemik untuk ganggu gugat polisi UiTM

Shopee Sale

Menteri Pengajian Tinggi Zambry Abdul Kadir hari ini menegaskan bahawa tiada sebarang perbincangan mengenai cadangan Universiti Teknologi Mara (UiTM) dibuka kepada pelajar bukan bumiputera untuk program pascasiswazah pembezahan kardiotoraksnya

Dalam satu kenyataan, senator Umno itu mendakwa isu berkenaan sengaja dijadikan polemik oleh pihak tertentu untuk mengganggu gugat polisi serta objektif UiTM.

"Isu ini ternyata sengaja dijadikan polemik dan dimainkan oleh pihak tertentu yang cuba menganggu-gugat polisi serta objektif asal penubuhan UiTM sekaligus menimbulkan kecelaruan dan perbalahan pelbagai pihak," katanya.

Zambry menegaskan bahawa cadangan berkenaan juga tidak dibincangkan di peringkat kementerian mahupun kabinet.

“Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) berpegang teguh kepada Fasal 1A Akta 173 – UiTM ditubuhkan menurut dan mengikut peruntukan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Pada 2 Mei, Zambry berkata bahawa belum ada perbincangan mengenai isu itu, sambil menambah bahawa beberapa isu penting perlu ditangani sebelum idea itu boleh dipertimbangkan.

Pada 25 April, portal berita kesihatan Codeblue melaporkan Raja Amin Raja Mokhtar, yang merupakan ahli lembaga pengajian program pascasiswazah pembezahan kardiotoraks UiTM-Institut Jantung Negara (IJN), sebagai berkata bahawa universiti itu bersetuju untuk mengambil pelatih dan graduan 'parallel pathway'.

Tambahnya, ini kerana program UiTM-IJN merupakan satu-satunya kepakaran yang ditawarkan di dalam negara.

Dia berkata keputusan itu dibuat selepas bercakap dengan naib canselor UiTM dan pengerusi lembaga UiTM, dan mereka bersetuju dengan idea itu untuk tempoh terhad.

Fakulti itu telah menerima permintaan daripada Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pengajian Tinggi untuk merangka penyelesaian berikutan kekurangan pakar perubatan negara termasuk pakar bezah kardiotoraks.

Ini selepas empat graduan yang memperoleh kelayakan Fellowship of the Royal Colleges of Surgeons Edinburgh (FRSC Ed) untuk pembezahan kardiotoraks diberitahu bahawa mereka tidak boleh mendaftar sebagai pakar dan mengamalkan kepakaran itu di sini kerana Majlis Perubatan Malaysia (MMC) tidak mengiktiraf kelayakan tersebut. .

MENARIK:  Pihak pertikai perlu fahami prinsip kod etika wartawan - Teo

Para graduan yang bekerja di Kementerian Kesihatan dan IJN, telah memohon kebenaran untuk semakan kehakiman berhubung perkara itu.

Pada masa ini, tiga pusat Kementerian Kesihatan di Kota Bharu, Kuantan dan Kota Kinabalu masing-masing hanya mempunyai seorang pakar bezah kardiotoraks.

Esok, sekumpulan pelajar UiTM akan membuat bantahan cadangan membenarkan pelajar bukan bumiputera mendaftar dalam program pascasiswazah pembezahan kardiotoraksnya.

Majlis perwakilan pelajar universiti menggalakkan pelajar memuat naik gambar pakaian mereka dengan hashtag #MahasiswaUiTMBantah di media sosial, bagi menyokong kempen dalam talian berhubung isu itu yang dilancarkan semalam.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular