KSN: Tiada keperluan wujudkan kembali tribunal penjawat awam

Shopee Sale

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata tiada keperluan untuk kerajaan mewujudkan kembali Tribunal Penjawat Awam.

Beliau berkata segala perkara atau isu membabitkan penjawat awam boleh dirujuk dan terkandung dalam Peraturan-Peraturan Pegawai Awam yang meliputi aspek perkhidmatan serta tadbir urus manakala sebarang tindakan, pertikaian atau isu yang timbul berkaitan sesuatu perkara boleh dirujuk kepada pekeliling sedia ada.

"Memadai dengan Jawatankuasa Tatatertib yang ada. Pekeliling perkhidmatan awam juga sudah mencukupi," katanya pada sidang media Majlis Peluncuran Peneraju Transfromasi Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman di sini hari ini. Mohd Zuki berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan Kesatuan Pekerja-Pekerja Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia agar Tribunal Penjawat Awam, yang dimansuhkan pada 1 Jan 2000, diwujudkan kembali.

Tribunal itu ditubuhkan kerajaan di bawah Akta Tribunal Perkhidmatan Awam 1977 dengan perananan spesifik bagi menangani isu membabitkan saraan, terma dan syarat perkhidmatan susulan perubahan skim saraan.

MENARIK:  Naikkan gaji minimum - PSM

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular