Kumpulan solidariti Palestin sokong aktivis mogok lapar

Shopee Sale

Sekretariat Solidarti Palestin (SSP) telah menyokong aktivis M Mythreyar atas pengumuman mogok laparnya yang akan bermula pagi esok.

Jurucakap SSP Amir Hadi dan Nur Hafizah menyuarakan setiakawan kumpulan itu terhadap Mythreyar, yang sebelum ini mengumumkan mogok lapar bermula 10 Julai lalu.

"Hari ini adalah yang ke 275 sejak Israel melancarkan serangan dan pembunuhan beramai-ramai di Gaza. Tidak ada apa-apa tanda bahawa rejim Zionis berhasrat menghentikangenosida terhadap rakyat Palestin.

"Semua rayuan antarabangsa dan usaha diplomatik langsung tidak dipeduli oleh Tel Aviv.

"Kini jumlah kematian semakin meningkat, rakyat Malaysia harus terus mempergiatkan solidariti kita dengan Palestin.

"Selain menyuarakan pengutukan keras dan bantuan kemanusiaan, kerajaan Malaysia sehingga hari ini belum mengamalkan strategi boikot, lupus dan sekat (BDS) yang diangkat oleh masyarakat antarabangsa.

"Lebih mengecewakan lagi ialah kerajaan tidak bersedia untuk melarang pelaburan berkaitan Zionis secara serius," kata SSP.

"SSP menghormati dan menyanjung tinggi keberanian Saudara Mythreyar atas komitmen beliau terhadap perjuangan untuk Palestin.

Jurucakap SSP Amir Hadi yang juga setiausaha agung Muda.

"Kami menggalakkan semua penyokong perjuangan pembebasan Palestin untuk datang bersama memberi sokongan kepada usaha saudara Mythreya," kata Nur Hafizah dan Amir, yang juga setiausaha agung Muda.

Pada Jumaat, Mythreyar mengumumkan rancangan untuk melancarkan mogok lapar di hadapan bangunan parlimen bagi membantah penjualan saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) kepada syarikat berkaitan Blackrock.

Aktivis yang berasal dari Tanjung Malim, Perak itu berkata dia akan meneruskan mogok lapar sehingga kerajaan membatalkan tawaran pengambilalihan itu.

"Saya tak akan menentang sesiapa. Saya akan diam-diam mogok lapar, merayu kepada kerajaan supaya batalkan niat dalam perjanjian mereka, (antara) kerajaan kita, MAHB dan Blackrock,” kata Mythreyar, 46.

Aktivis itu juga berkata dia memilih protes sebegitu kerana telah melakukan pelbagai cara.

“Sudah lapan bulan lebih saya naik turun pentas, pergi ke jalan raya, tidur tujuh hari berdekatan kedutaan Amerika.

MENARIK:  Bekas menteri gesa k'jaan selesaikan kes mangsa kemalangan LRT

“Dan saya telah membuat protes senyap di hadapan KLCC dan hadapan Hotel Mandarin.

“Tetapi satu peratus pun tiada perubahan,” katanya.

Rabu lalu, Timbalan Menteri Kewangan II Amir Hamzah Azizan (gambar atas) berkata Global Infrastructure Partners (GIP) telah menyatakan kesediaan untuk menjadi pemegang saham minoriti dalam MAHB dan bersedia untuk melepaskan pegangannya dalam tempoh singkat.

Katanya GIP dipilih berdasarkan kriteria yang ketat, termasuk kesediaan untuk melantik warganegara Malaysia sebagai pengerusi dan pengarah urusan MAHB.

GIP sedang dalam proses untuk diambil alih oleh Blackrock sebagai anak syarikat milik penuhnya. Pengambilalihan itu dijangka siap pada suku ketiga tahun ini.

GIP berkata pasukan kepimpinannya yang sedia ada akan mengekalkan kawalan penuh ke atas syarikat itu dan syarikat yang telah dilaburkannya selepas pengambilalihan oleh Blackrock selesai.

Blackrock ialah syarikat pengurusan aset terbesar di dunia dan telah mendapat kritikan kerana melabur dalam syarikat yang membekalkan senjata kepada Israel.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular