Kurang pelajar, UIAM tak dapat tampung perbelanjaan operasi – Audit

Shopee Sale

Bilangan pelajar tempatan dan luar negara yang berdaftar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) adalah kurang berbanding penawaran bagi tempoh 2020 hingga Julai 2023, menurut Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Siri 2 2024.

Ia melibatkan penawaran bagi peringkat pengajian Asasi, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah dengan hanya 25,939 pelajar tempatan berdaftar daripada 39,322 tawaran dikeluarkan, manakala bagi pelajar luar negara, 1,701 pelajar berdaftar berbanding 3,808 tempat ditawarkan.

"Prestasi pengambilan pelajar kurang memuaskan. Pendaftaran pelajar tempatan dan luar negara hanya mencatatkan 66 peratus dan 44.7 peratus. Justeru, pendapatan daripada yuran pengajian tidak dapat menampung perbelanjaan operasi UIAM," menurut laporan itu yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini.

Laporan itu juga mendapati prestasi kutipan yuran pengajian UIAM kurang memuaskan dengan tunggakan berjumlah RM14.04 juta yang melebihi 180 hari masih belum berjaya dikutip setakat 31 Julai 2023.

Daripada jumlah itu, pelajar luar negara tanpa tajaan merekodkan hutang tertinggi iaitu 5,016 orang dengan tunggakan berjumlah RM9.17 juta manakala penghutang pelajar luar negara dengan tajaan seramai 531 orang dengan jumlah RM1.12 juta.

Bagi pelajar tempatan, jumlah penghutang ialah 13,613 orang dengan jumlah keseluruhan RM3.75 juta melibatkan 10,176 pelajar tanpa tajaan manakala bakinya mendapat tajaan.

MENARIK:  Kupang Port Dickdon masih belum selamat dimakan - DOF

Sementara itu UIAM dalam maklum balasnya menyatakan pendaftaran kurang dari penawaran adalah disebabkan calon turut menerima tawaran daripada institusi lain yang menawarkan tajaan biasiswa dalam dan luar negara, manakala peratusan pendaftaran pelajar luar negara yang rendah kerana penularan pandemik Covid-19.

Berhubung hutang, UIAM memaklumkan mereka telah melaksanakan sekatan penyerahan transkrip akademik kepada pelajar yang mempunyai tunggakan hutang mulai 14 Mac 2024 dan akan memperkenalkan dasar sifar hutang semasa semester satu sesi pengajian 2024/2025.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular