Kuskop salur RM500,000 kepada jenama cermin mata Sabah

Shopee Sale

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop) menyalurkan  pembiayaan sejumlah RM500,000 kepada sebuah jenama cermin mata yang  diusahakan usahawan tempatan Borneo, Robert T 1994.

Pembiayaan itu disalurkan melalui agensinya Perbadanan Nasional Berhad (Pernas) untuk membantu Robert T 1994 mengembangkan premis di seluruh Sabah. 

“Saya berharap syarikat ini terus berkembang pesat seperti usahawan-usahawan  francais yang lain,” kata menterinya Ewon Benedick.

“Melalui pembiayaan RM500,000, saya juga berharap ia memberi motivasi dan inspirasi  kepada usahawan-usahawan lain di seluruh negara agar turut sama mengambil  bahagian dalam sektor keusahawanan.”

Katanya, Kuskop dan agensi seperti Pernas terus menawarkan perkhidmatan dan  pembiayaan yang bersesuaian agar dapat menyumbang  kepada ekonomi dan menyediakan peluang pekerjaan.

Dia berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Cabutan  Bertuah RobertT 1994, di Suria Sabah Shopping Mall, di Kota Kinabalu, semalam. 

Sementara itu, Ewon juga berkata, Pernas akan bekerjasama dengan Kementerian  Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah (MIDE) dan pelbagai agensi  keusahawanan di Sabah bagi program memperkasakan usahawan negeri.

MENARIK:  Jainj rampas 11 alas kaki dengan imej Kaabah

“Saya mahu menumpukan tenaga saya untuk menjadi sebahagian daripada pemantauan  dan penyelesaian ini.  

“Soal politik, ada masanya kita bincang, yang penting mandat dan tanggungjawab telah  diberi dan saya mahu laksanakan,” katanya. 

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular