LANGSUNG l Titah adendum: Mahkamah Rayuan putuskan ada atau tidak

Shopee Sale

Mahkamah Rayuan hari ini akan mendengar permohonan Najib Razak untuk kebenaran memulakan prosiding semakan kehakiman bagi memaksa kerajaan menjawab dan mengesahkan kewujudan titah adendum pada Januari tahun lalu yang akan membolehkan dia menjalani tahanan rumah.

Malaysiakini membawakan laporan langsung perbicaraan dari kamar mahkamah dan demonstrasi yang digerakkan PAS di Putrajaya.


PAS berdemo demi Najib tanpa Umno

8 pagi - Perhimpunan hari ini sepatutnya melibatkan Umno dan PAS.

Namun, Umno memutuskan untuk tidak meneruskan perhimpunan itu selepas kenyataan Istana Negara mengenai proses Lembaga Pengampunan pada Jumaat lalu.

Polis telah digerakkan untuk menghalang perhimpunan PAS, dengan mendirikan sekatan jalan di sekitar Putrajaya bagi mengawal laluan masuk ke sana.


Titah adendum tahanan rumah Najib

7.50 pagi - Dokumen tambahan titah adendum menjadi fokus perbicaraan mahkamah hari ini didakwa dikeluarkan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16, sebelum ini.

Setakat ini, kerajaan enggan mengesahkan sama ada dokumen tambahan itu wujud atau tidak.

Ini walaupun anak Najib mendakwa telah dimaklumkan oleh Sultan Pahang bahawa dokumen itu benar-benar wujud.

MENARIK:  Negara kini hadapi banjir di kawasan tak pernah ditenggelami air

Menjelang perbicaraan hari ini, Istana Negara telah menyatakan sebarang permohonan pengampunan, termasuk permohonan tahanan rumah Najib, perlu melalui Lembaga Pengampunan yang dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Agong sekarang, Sultan Ibrahim.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular