LANGSUNG | Langah Sungai Bakap bermula secara rasmi

Shopee Sale

Langkah PRK Sungai Bakap bermula secara rasmi pagi ini. Di pihak parti kerajaan mereka akan menggerakkan jentera masing-masing untuk cuba menawan kerusi berkenaan daripada pembangkang, manakala PN pula menyusun strategi bagi mempertahankannya.

PRK Sungai Bakap diadakan ekoran kematian penyandangnya Nor Zamri Latiff pada 24 Mei lalu.

Kawasan Sungai Bakap asalnya ialah kubu kuat Umno-BN. Malah pada suatu ketika Sungai Bakap 'menghantar' Adun mereka untuk menjadi orang nombor dua dalam kerajaan negeri.

Salah seorang Adun di situ, Abdul Rashid Abdullah pernah dilantik menjadi timbalan ketua menteri.

Bagaimanapun keadaan berubah sejak 2008 apabila PKR mengalahkan Abdul Rashid melalui calonnya Maktar Shapee dengan kelebihan 2,067 undi.

Maktar menjadi Adun di situ selama dua penggal sebelum dia digantikan pula oleh Amar Pritpal Abdullah pada 2018.

Apabila pilihan raya negeri diadakan pada tahun lalu kerusi Sungai Bakap dikuasai PAS-PN melalui Nor Zamri melalui pertembungan satu lawan satu. Dia mengalahlah calon PKR-PH, Nurhidayah Che Ros.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari ini sebagai hari penamaan calon, manakala hari pengundian awal pada 2 Julai, sebelum diikuti dengan hari pengundian penuh empat hari kemudian.

Malaysiakini membawakan laporan secara langsung perjalanan proses penamaan calon tersebut di sini hari ini.

MENARIK:  Lima lelaki bebas tuduhan bunuh wanita warga emas

8 pagi, Jawi: Penamaan calon akan diadakan di Dewan Serbaguna Jawi, Taman Desa Jawi, Nibong Tebal mulai jam 9 pagi nanti.

SPR memberikan masa selama sejam untuk sesiapa mengemukakan borang menjadi calon sebelum ia diteliti oleh badan berkenaan.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya Khairulnizam Hashim dijangka mengumumkan nama calon yang layak bertanding kira-kira jam 11 pagi.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular