'Laporan dibuat terhadap artikel M'kini dakwa pertukaran jawatan di Bukit Aman'

Shopee Sale

Polis mengesahkan telah menerima laporan berhubung artikel Malaysiakini yang mendakwa Bukit Aman merancang rombakan besar-besaran kepimpinan tertingginya.

Ketua Polis Kuala Lumpur Rusdi Mohd Isa berkata laporan itu dibuat oleh seorang pegawai polis di Bukit Aman untuk siasatan lanjut.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Seksyen 505(b) berkenaan dengan niat hendak menyebabkan, atau mungkin menyebabkan, ketakutan atau kegentaran kepada awam, atau kepada mana-mana golongan awam supaya seseorang itu mungkin terdorong melakukan kesalahan terhadap negara atau ketenteraman awam. Sabit kesalahan membawa kepada hukuman penjara tidak lebih dua tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali.

Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia pula berkenaan kesalahan menggunakan kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian secara tidak wajar. Sabit kesalahan membawa hukuman penjara setahun atau denda sehingga RM50,000, atau kedua-duanya sekali.

Mengulas lanjut, Rusdi berkata polis akan memanggil penulis artikel tersebut untuk membantu siasatan.

“Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung perkara ini dan tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu berhubung penyebaran kenyataan tidak sahih di laman sosial,” katanya lagi.

Hari ini, Malaysiakini menyiarkan laporan yang memetik sumber sebagai mendakwa Bukit Aman merancang beberapa pemindahan berprofil tinggi.

Sumber mendakwa, antara yang terkesan adalah Timbalan Ketua Polis Negara Ayob Khan Mydin Pitchay dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Mohd Shuhaily Mohd Zain.

Ayob didakwa akan diihantara untuk mengetuai sama ada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) atau Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (MCBA), manakala Shuhaily akan dilantik menjadi ketua pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

MENARIK:  Akauntan didenda RM4,500, pasang kamera intip wanita dalam tandas

Ketiga-tiga agensi juga terletak di bawah Kementerian Dalam Negeri.Untuk rekod, jawatan nombor satu dalam APMM dan Nada kosong sejak April lalu.

Ketua Pengarah APMM Hamid Mohd Amin bersara wajib pada 18 April manakala ketua pengarah AADK, Sutekno Ahmad Belon berpindah ke Kementerian Sumber Manusia untuk dinaikkan pangkat sebagai timbalan ketua setiausaha (operasi) kementerian itu.

Sementara itu, Ketua Polis Negara Razarudin Husain petang ini menyifatkan spekulasi rombakan itu, yang memetik sumber, sebagai "tidak benar".

Katanya, PDRM menasihatkan semua pihak tidak memetik sumber tidak rasmi, terutama melibatkan pasukan keselamatan dan agensi kerajaan.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular