Latheefa: K'jaan buat gimik mahal nak jadi lebih Melayu, Islam dari PN

Shopee Sale

Peguam hak asasi Latheefa Koya mengkritik apa yang disifatkannya sebagai “gimik mahal” kerajaan bagi menunjukkan ia lebih mengangkat Melayu dan Islam berbanding pesaing politiknya.

Latheefa merujuk rancangan untuk menghimpunkan 24,000 huffaz dari seluruh negara di Masjid Wilayah di Kuala Lumpur pada bulan depan.

Dia turut mengkritik Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi yang menurutnya tanpa segan silu mengakui matlamat politik di sebalik acara tersebut.

“Satu lagi gimik mahal kerajaan Madani untuk menunjukkan mereka lebih Islamik dan lebih Melayu daripada PAS-PN. Zahid sendiri tanpa segan silu mengaku matlamat politik di sebalik acara ini.

“Apa-apa pun, bagaimanakah sejumlah wang yang banyak dibelanja bagi mengumpulkan 24,000 huffaz pada acara sekali anjur begini menjadi satu bentuk komitmen yang sebenar kepada Islam?” soalnya di X.

Semalam, Ahmad Zahid ketika berucap di Gua Musang, Kelantan memaklumkan berkenaan rancangan menganjurkan acara itu, yang menurutnya kesinambungan kepada himpunan serupa yang diadakan tahun lepas.

Katanya lagi, acara tersebut juga merupakan iltizam dan tekad kerajaan dalam mempertahankan agama Islam.

Mengulas lanjut, Latheefa berkata peruntukan bagi program tersebut juga boleh disifatkan sebagai pembaziran.

“Wang ini boleh dibelanjakan dengan lebih baik untuk golongan miskin, pendidikan, kebajikan awam, serta pelarian Palestin dan Rohingya yang terdesak di Malaysia. Perkara ini sendiri dianjurkan Quran.

“Di sebalik usaha untuk menonjolkan diri masing-masing lebih Islam daripada yang lain, kerajaan Madani masih lagi enggan menarik diri daripada berurus niaga dengan Blackrock. Keengganan ini jelas sekali menunjukkan tahap komitmen mereka kepada ‘ummah’,” katanya lagi.

MENARIK:  'Caruman KWSP pekerja asing akan galakkan syarikat ambil orang tempatan’

Latheefa tuurt membandingkan acara situ dengan janji yang disuarakan Anwar untuk mencetak sejuta naskhah Quran sebagai tindak balas kepada tindakan seorang ahli politik haluan kanan di Sweden yang membakar kitab suci tersebut.

“Apa tujuannya? Dunia tidaklah kekurangan Quran tetapi kekurangan orang yang memahami mesej Quran. Pelbagai terjemahan Quran ada di Internet,” katanya lagi.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular