Lebih 30,000 pemohon terima bantuan RM200 Budi Madani Isnin ini

Shopee Sale

Lebih 30,000 pemohon individu, petani dan pekebun kecil komoditi telah diluluskan untuk menerima bantuan subsidi tunai di bawah inisiatif Budi Madani, setakat hari ini.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini memaklumkan penerima akan disalurkan bantuan tunai pertama berjumlah RM200 pada 10 Jun ini melalui akaun bank penerima, manakala penerima tanpa akaun bank boleh menuntut Budi Madani secara tunai dengan membawa MyKad di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) di seluruh Semenanjung Malaysia.

“Pemohon yang berkelayakan masih boleh mendaftar untuk menerima Budi Madani. Permohonan yang dibuat dalam bulan Jun 2024 layak menerima bayaran untuk bulan tersebut dan bulan seterusnya.

“Permohonan yang dibuat selepas Jun 2024 hanya layak menerima bayaran yang bermula pada Julai 2024 dan tidak akan mendapat bayaran untuk Jun 2024,” menurut kenyataan itu.

Budi Madani adalah usaha kerajaan untuk memastikan peruntukan subsidi disasarkan kepada golongan yang layak meliputi bantuan individu (Budi Individu), petani serta pekebun kecil (Budi Agri-Komoditi) serta syarikat dan kenderaan pengangkutan (MySubsidi Diesel).

Pada masa sama MOF memaklumkan berdasarkan data permohonan setakat ini, majoriti pemohon yang tidak diluluskan disebabkan tidak memenuhi kriteria kelayakan ditetapkan, antaranya pemohon petani dan pekebun kecil yang tidak berdaftar di kementerian berkaitan.

Justeru MOF mengingatkan mana-mana pemohon individu yang tidak diluluskan untuk membuat semakan permohonan serta mengemukakan rayuan di laman sesawang Budi Madani iaitu .

MENARIK:  Tiada tolak ansur kes salah laku seksual melibatkan guru - KPM

Bagi pemohon petani dan pekebun kecil yang masih belum berdaftar di agensi di bawah kementerian berkaitan dinasihatkan untuk berbuat demikian terlebih dahulu sebelum mengemukakan permohonan Budi Madani.

Maklumat lanjut berhubung syarat kelayakan Budi Madani boleh didapati di atau menghubungi talian bantuan Budi Madani di 1-800-88-2747 / 03-88824565 / 03-88824566 atau emel di [email protected] serta mengunjungi pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di seluruh Semenanjung Malaysia.

Dianggarkan seramai 300,000 pemilik kenderaan diesel persendirian individu di Semenanjung Malaysia layak untuk menerima Budi Individu manakala seramai 68,000 petani, 8,000 penternak dan 34,000 pengusaha akuakultur dengan skala kecil berkelayakan menerima manfaat Budi Agri Komoditi.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular