Lebih 34,600 rakyat Palestin terkorban serangan Israel

Shopee Sale

Sekurang-kurangnya 34,683 warga Palestin terkorban dalam serangan berterusan Israel ke atas Semenanjung Gaza sejak Oktober tahun lepas, kata Kementerian Kesihatan Gaza pada Ahad.

Satu kenyataan kementerian menambah 78,018 orang lagi cedera dalam serangan itu.

“Serangan Israel mengakibatkan 29 orang maut dan mencederakan 110 yang lain dalam tempoh 24 jam lepas,” lapor Agensi Anadolu yang memetik kenyataan kementerian itu.

Ramai mangsa yang masih lagi terperanangkap di bawah runtuhan bangunan dan di jalan raya kerana pasukan penyelamat masih tidak dapat menghampiri mereka, katanya.

Serangan Israel selama lebih enam bulan mengakibatkan banyak bangunan dan kediaman musnah menyebabkan 85 peratus daripada penduduk Gaza kehilangan tempat tinggal selain menghadapi sekatan ke atas makanan, air bersih dan ubat-ubatan, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

MENARIK:  RUU mufti Wilayah dan tiga lagi ditangguh ke sidang depan

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular