Lebih 400 majikan rayu KDN lanjutkan program rekalibrasi tenaga kerja

Shopee Sale

Lebih 400 majikan merayu supaya Kementerian Dalam Negeri (KDN) melanjutkan tempoh pembayaran bagi mendaftarkan pekerja asing menerusi Program Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK) 2.0.

Wakil majikan Syah Putra Marwan berkata penutupan RTK 2.0 tanpa notis awal menjejaskan majikan dalam usaha mematuhi undang-undang dengan meregularisasikan pendatang tanpa izin sebagai pekerja yang sah.

"Ini (penutupan RTK) akan menyukarkan sektor yang sangat bergantung kepada pekerja asing seperti sektor pembinaan, perladangan, perkilangan dan perkhidmatan," katanya kepada pemberita pada perhimpunan aman yang di KDN yang dihadiri hampir 100 majikan di Putrajaya hari ini.

Beliau berkata kira-kira 5,000 pekerja asing sedang menjalani proses pemutihan kini dalam risiko penahanan meskipun mereka telah mengambil langkah untuk mematuhi undang-undang dalam melaksanakan program RTK.

Syah Putra berkata majikan yang dalam proses permohonan RTK tidak dapat membuat bayaran RTK 2.0 ekoran penutupan itu dan berdepan kerugian kerana tidak dapat mendaftarkan pekerja mereka.

Menurutnya, ada juga majikan telah membayar levi dan bayaran lain seperti Agensi Pemantauan dan Pemeriksaan Perubatan Pekerja Asing (FOMEMA) serta insurans, namun tidak dapat membayar kerana sistem itu sudah tidak berfungsi.

Syah Putra berkata susulan itu, satu memorandum dihantar kepada KDN agar pembukaan semula urusan Program RTK 2.0 dapat dilaksanakan.

Memorandum itu diterima Setiausaha Akhbar Menteri Dalam Negeri Norhayati Abd Manaf.

Pada 10 Mac lepas, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata kerajaan tidak melanjutkan proses verifikasi pekerja asing kepada semua majikan yang mendaftar di bawah Program RTK 2.0 sebelum 31 Mac.

MENARIK:  Dengan sokongan Cina bawah 5 peratus, Gerakan gesa ahli MCA undi PN

Malah KDN sebelum ini turut mengumumkan bahawa kuota yang tidak digunakan untuk mengambil pekerja asing akan dibatalkan pada 1 Jun.

Kuota aktif untuk mengambil pekerja asing, iaitu levi sudah dibayar tetapi Visa Dengan Rujukan (VDR) belum dikeluarkan pada akhir Mac juga akan dibatalkan. Kuota aktif untuk mengambil pekerja asing, dengan levi sudah dibayar tetapi VDR belum dikeluarkan pada akhir Mac juga dibatalkan.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular