Lebih 50 rumah terjejas akibat banjir kilat di Melaka

Shopee Sale

Sekurang-kurangnya 57 rumah penduduk di Melaka Tengah dan Alor Gajah terjejas akibat banjir kilat susulan hujan lebih dua jam sejak pukul 3 petang tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Melaka Lt Kol (PA) Kamarulsyah Muslim berkata bagi daerah Alor Gajah, sekurang-kurangnya 22 rumah terjejas melibatkan penduduk di Kampung Gapam, Kampung Bukit Tambun, Kampung Parit Melana dan Kampung Bukit Balai di Durian Tunggal.

"Di Melaka Tengah membabitkan 28 rumah di Taman Melawis Bukit Beruang, Ayer Keroh Height (2) dan Kampung Sungai Putat (5) setakat pukul 8 malam.

"Susulan situasi berkenaan, pihak Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Melaka Tengah telah mengaktifkan pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Japerun Ayer Keroh untuk keperluan pemindahan kawasan itu dan proses pendaftaran mangsa banjir masih dilaksanakan setakat ini," katanya dalam kenyataan di Melaka hari ini.

Beliau berkata dalam masa yang sama, anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menjalankan pemantauan rapi di kawasan terjejas dan orang ramai diminta peka dan mengikut arahan pasukan penyelamat bagi mengelak sebarang risiko banjir.

MENARIK:  Titah Agong jelas, hentikan polemik isu stoking - Fahmi

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular