Lebih 900 jemaah haji meninggal dunia akibat cuaca panas

Shopee Sale

Suhu panas melampau di tanah suci Mekah menyebabkan 922 kematian jemaah haji dari seluruh dunia ketika menunaikan Rukun Islam kelima itu.

Seorang diplomat Arab, yang tidak dikenali memberitahu agensi berita AFP bahawa kematian jemaah dari Mesir sahaja melonjak kepada sekurang-kurangnya 600 orang daripada lebih 300 pada hari sebelumnya.

“Pegawai Mesir di Arab menerima laporan kehilangan jemaah seramai 1,400 orang, termasuk 600 yang maut,” katanya.

AFP melaporkan angka kematian sebanyak 922 jemaah tersebut berdasarkan pengiraan rekod yang dikeluarkan oleh pelbagai negara, termasuk 14 jemaah yang dilaporkan Malaysia.

Ibadah haji adalah salah satu daripada lima Rukun Islam yang wajib dituntut sekurang-kurangnya sekali bagi mereka yang berkemampuan.

Haji dari segi istilah bermaksud mengunjungi Baitullah pada bulan Zulhijjah dan melaksanakan perkara-perkara wajib yang dituntut dalam rukun Islam itu.

Menurut kajian Arab Saudi, Journal Travel and Medicine, yang diterbitkan bulan lalu mengatakan suhu di kawasan membabitkan lokasi haji meningkat sebanyak 0.4 darjah Celsius setiap dekad.

Isnin lalu, Pusat Meteorologi Arab Saudi merekodkan suhu di Masjidil Haram mencecah 51.8 darjah Celsius.

Kementerian Luar Negeri, Migrasi dan Luar Negara Tunisia berkata, jemaah yang maut akibat suhu panas melampau memasuki Tanah Suci menggunakan visa pelancong atau umrah.

Jemaah yang tidak mempunyai visa haji terdedah kepada bahaya panas terik dan risiko strok haba kerana mereka tidak mempunyai tempat penginapan khas ketika berada di Arafah dan Mina serta terpaksa berjalan jauh.

MENARIK:  Wanita antara 4 ditahan seludup lebih 2,000 pil kuda

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Naim Mokhtar, berkata kesemua 31,600 jemaah haji Malaysia berjaya melaksanakan ibadah haji tanpa sebarang ralat, kecuali 14 jemaah yang meninggal dunia.

“Insya-Allah, jemaah kita akan mula berangkat pulang bermula 24 Jun 2024 dan penerbangan terakhir dijangkakan berlepas pada 20 Julai 2024,” katanya.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular