Lebih 9,500 kes hilang MyKad direkodkan di Pahang tahun lalu

Shopee Sale

Sebanyak 9,589 kad pengenalan (MyKad) dilaporkan hilang di Pahang pada tahun lepas dengan 9,218 daripadanya disebabkan faktor kecuaian, kata Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Pahang Mohammad Abdullah.

Dalam tempoh sama katanya sebanyak 280 kes kehilangan direkodkan bagi kategori jenayah, antaranya melibatkan kes kecurian, manakala 91 kes akibat bencana seperti banjir serta kebakaran.

Bagaimanapun, menurut Mohammad jumlah itu mencatatkan penurunan berbanding 12,448 kes pada 2022 dengan 11,740 daripadanya disebabkan kecuaian, manakala 273 kes lagi kerana jenayah, dan 435 kes akibat bencana.

Katanya antara faktor yang menyumbang kepda penurunan tersebut ialah kesan giatnya program sebar luas kesedaran mengenai kepentingan menjaga kad pengenalan.

"Selain itu, banjir pada 2022 turut menyumbang kepada angka kehilangan kad pengenalan yang direkodkan pada tahun berkenaan," katanya kepada Bernama ketika ditemui di pejabatnya di Indera Mahkota, Kuantan semalam.

Sementara itu, Mohammad berkata individu yang membuat permohonan gantian MyKad kali pertama akan dikenakan bayaran sebanyak RM110 termasuk fi untuk memproses, RM310 untuk kali kedua dan RM1,010 bagi kali ketiga.

Bagi kehilangan kali ketiga dan seterusnya, individu terbabit perlu melalui beberapa proses tapisan lanjut sebelum MyKad baru dikeluarkan.

“Denda yang dikenakan dan prosedur ketat ini bagi memastikan kad pengenalan tidak dikeluarkan dengan sewenang-wenangnya manakala kad pengenalan yang telah dilaporkan hilang akan dibatalkan dalam sistem JPN dan tidak lagi sah untuk digunakan.

"Tindakan ini bagi memastikan ia tidak terlepas kepada pihak tidak bertanggungjawab dan disalah guna” katanya sambil menambah sebanyak 356 permohonan MyKad untuk kali ketiga atau lebih diterima sepanjang tahun lalu.

MENARIK:  Isu kerusi Kapar antara punca Rashid tawar hati dengan Bersatu

Justeru, dia menasihatkan masyarakat supaya menyimpan MyKad dengan selamat dan sentiasa peka akan keberadaannya kerana kehilangan boleh membawa kepada penyalahgunaan dokumen pengenalan diri berkenaan oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Dalam pada itu, Mohammad memaklumkan pejabat cawangan JPN di Rompin yang terlibat dalam insiden kebakaran tahun lepas dijangka mula beroperasi bulan depan setelah kerja pembaikan selesai dilaksanakan pada akhir bulan ini.

Menurutnya sepanjang tempoh kerja baik pulih dijalankan, penyampaian perkhidmatan tidak tergendala malah diteruskan selaras dengan slogan "Rakyat Di Hati JPN" dengan menempatkan bas dan van Menyemai Kasih Rakyat (Mekar) di pekarangan cawangan itu bagi memudahkan urusan penduduk setempat.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular