‘Lebih baik Ramasamy diam, dia sendiri khianati DAP’

Shopee Sale

Bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, P Ramasamy lebih baik berdiam diri daripada mengeluarkan kenyataan yang boleh mengelirukan rakyat, kata Naib Presiden Umno, Wan Rosdy Wan Ismail.

Menteri Besar Pahang itu berkata, Ramasamy tidak layak bercakap soal pengkhianatan kerana dia sendiri keluar daripada DAP dan menubuhkan parti baru setelah tidak tersenarai sebagai calon pada PRU-15.

“Saya terpanggil untuk membidas kenyataan Ramasamy mengenai isu pengkhianatan dalam parti seperti disuarakan Setiausaha Agung Umno, Asyraf Wajdi Dusuki semalam.

"Setelah meneliti kenyataan itu, saya berpandangan Ramasamy lebih baik berdiam diri dan menikmati alam persaraan daripada mengulas mengenai isu pengkhianatan kerana dia sendiri mengkhianati partinya apabila mengumumkan keluar DAP pada 10 Ogos 2023.

"Tindakannya itu dibuat setelah tidak tersenarai sebagai calon dalam pilihan raya negeri (PRN) Pulau Pinang tahun lalu.

“Selepas itu, dia sendiri mengumumkan menubuhkan parti baharu iaitu Parti Bersepakat Hak Rakyat Malaysia (URIMAI) pada 27 November 2023,” katanya menerusi kenyataan media di Kuantan, malam tadi.

Terdahulu, Ramasamy menyelar setiausaha agung Umno Asyraf Wajdi Dusuki, yang mendakwa Bersatu "dilahirkan daripada pengkhianatan".

Bekas timbalan ketua menteri Pulau Pinang itu mengingatkan Asyraf bahawa PKR yang merupakan sekutu baru Umno juga 'lahir dari DNA sama'.

“Umno bukan parti mulia untuk bercakap tentang pengkhianatan,” kata.

Katanya lagi, jika Asyraf Wajdi percaya bahawa Bersatu layak dikhianati oleh wakil rakyat mereka, pasti ada sesuatu yang tidak kena pada Umno sendiri.

MENARIK:  Rakyat Malaysia diingatkan cakna perubahan undang-undang Singapura

Mengulas lanjut Wan Rosdy berkata rakyat boleh menilai sendiri siapa Ramasamy, di mana kenyataan yang dikeluarkan ibarat ‘meludah ke langit, jatuh ke muka sendiri’.

"Sudah-sudahlah mengeluarkan kenyataan mengelirukan rakyat semata-mata untuk meraih populariti murahan untuk kepentingan sendiri.

"Dia harus sedar bahawa kerjasama Umno bersama Pakatan Harapan, Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan parti lain adalah untuk mewujudkan kestabilan di negara ini, seperti mana dititahkan Yang di-Pertuan Agong selepas PRU-15 yang lalu," katanya.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular