Lebih ramai pemimpin, pengasas Bersatu akan sertai PKR – Faiz Na’aman

Shopee Sale

Bekas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Dr Muhammad Faiz Na'aman menjangka lebih ramai pemimpin dan pengasas parti itu di semua peringkat akan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Muhammad Faiz yang mengesahkan penyertaan dalam PKR semalam membayangkan perkara itu akan berlaku dengan lebih ketara menjelang pengundian parti Bersatu yang dijangka berlangsung tahun ini.

"Saya boleh katakan pengisytiharan sokongan kepada kepimpinan Menteri Besar Selangor oleh Ahli Dewan Udangan Negeri (ADUN) Selat Klang Datuk Abdul Rashid Asari, Rabu lepas adalah bibit awal penghijrahan sokongan.

"Dengan pengundian kepimpinan baharu Bersatu bakal diadakan kelak, saya yakin akan ada pihak yang banyak berjasa kepada parti bakal terpinggir oleh kerana permainan geng 'kartel'...mereka ini akan membentuk gelombang penolakan besar di semua peringkat terhadap Bersatu," katanya kepada Bernama di Shah Alam hari ini.

Bekas Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Klang itu berkata beliau yakin penghijrahan itu akan bermula dari Selangor, melibatkan ahli yang berjawatan atau mereka yang mengasaskan penubuhan Bersatu di semua peringkat di negeri itu.

Berhubung keputusan menyertai PKR, Muhammad Faiz berkata pilihan itu tidaklah terlalu sukar mengambil kira kerjasama yang pernah beliau jalinkan dengan pimpinan dan akar umbi PKR, khususnya di Selangor semasa Pilihan Raya Umum ke-14 ketika Bersatu berada dalam gabungan Pakatan Harapan (PH).

Beliau berkata objektif penubuhan Bersatu juga tidak jauh berbeza dengan PKR, dengan kedua-duanya menentang golongan kleptokrat dan penyalahgunaan kuasa, sekali gus memudahkan beliau menerima pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di peringkat Persekutuan dan Menteri Besar Datuk Seri Amiruddin Shari di Selangor.

MENARIK:  ‘Meski PH menang di KKB, PN pilihan pengundi muda’

Semalam Muhammad Faiz dalam catatan di Facebook berkongsi berita beliau dan bekas ADUN Dengkil Adhif Syan Abdullah, yang juga bekas ketua Pemuda Bersatu Selangor diterima menyertai PKR, dan perkara itu diumumkan Amirudin pada majlis doa selamat dan sesi penerangan isu-isu semasa di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor itu, Ahad lepas.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular