Lelaki maut ditikam ketika lakukan seks

Shopee Sale

Mayat lelaki berusia 45 tahun yang ditemukan di hadapan tandas awam Dataran Lemang Manek Urai, Kuala Krai, pada Isnin lalu, didapati meninggal dunia akibat ditikam ketika sedang melakukan hubungan seks.

Menurut siasatan polis, dia ditikam oleh seorang ketika melakukan hubungan seks dengannya pada 28 Mac.

Ketua Polis Kelantan Muhammad Zaki Harun berkata wanita itu dibawa dari Sungai Tong, Setiu Terengganu, ke beberapa kawasan dalam daerah Kuala Krai dan dikurung secara salah.

“Mangsa kemudian telah ditikam sebanyak tiga tikaman di bahagian perut dengan menggunakan sebilah pisau oleh wanita tersebut ketika melakukan hubungan seks. 

“Mangsa dipercayai melarikan diri setelah wanita berkenaan berjaya melepaskan diri daripada pengawasannya,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Zaki berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultan Ismail Petra untuk bezah siasat.

Punca kematian disebabkan luka yang di bahagian perut kesan daripada tikaman yang menembusi abdomen dan terkena usus najis. 

“Mangsa juga tidak mendapatkan rawatan awal di pusat kesihatan sehingga menyebabkan luka dalam menjadi parah akibat jangkitan kuman. 

MENARIK:  80 peratus pengundi Melayu BN lari ke PN pada PRN 2023

“Mangsa turut mempunyai beberapa rekod lampau berkait kes jenayah dan narkotik,” jelasnya.

Polis menahan seorang wanita berusia 28 tahun dan merampas sebilah pisau pemotong sayur. 

Polis membuka kertas siasatan bawah Seksyen 342 (kurungan salah) dan Seksyen 302 Kanun Keseksaan (membunuh orang).

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular