Lelaki panah anjing sudah didakwa – Polis

Shopee Sale

Seorang lelaki yang dipercayai membunuh seekor anjing di Ladang Malaya, Selama dengan memanah haiwan tersebut, telah didakwa di Mahkamah Majistret Taiping pada 23 Dis.

Pemangku Ketua Polis Perak Deputi Komisioner Zulkafli Sariaat berkata suspek berusia 44 tahun itu, dibebaskan dengan jaminan sementara menunggu tarikh perbicaraan di bawah Seksyen 428 Kanun Keseksaan.

“Suspek telah dibebaskan pada hari sama (23 Dis) selepas dituduh di mahkamah sementara menunggu tarikh perbicaraan kes,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Zulkafli berkata polis telah menahan lelaki berkenaan sekitar jam 4.30 petang, 22 Dis, selain merampas satu busur panah dan lima batang anak panah yang dipercayai digunakan membunuh anjing dikenali dengan nama Kutty itu.

Terdahulu Persatuan Haiwan Terbiar Malaysia (SAFM) mengecam keras insiden berkenaan yang disifatkan sebagai mencabar prinsip asas kemanusiaan serta perlu dikenakan tindakan sewajarnya.

MENARIK:  Tiada tanah bertukar milik, terjual kepada mana-mana pihak di Melaka - Felda

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular