Lelaki rugi lebih RM30,000 terpedaya tawaran kerja di IG

Shopee Sale

Seorang pemuda kerugian RM30,700 akibat penipuan tawaran kerja sambilan melalui media sosial Instagram.

Ketua Polis Terengganu Datuk Mazli Mazlan berkata kejadian bermula apabila lelaki berusia 24 tahun yang bekerja sendiri itu ditawarkan pekerjaan jual beli barang oleh admin sebuah akaun Instagram pada 26 Feb lepas.

Beliau berkata mangsa yang ragu-ragu akhirnya terpedaya selepas dijanjikan komisen lumayan bagi setiap tugasan dijalankan.

"Mangsa telah melihat tawaran kerja sambilan di Instagram dan berhubung dengan admin akaun tersebut untuk mendapatkan maklumat lanjut hingga akhirnya tertipu.

"Mangsa sempat membuat enam tugasan dengan dua tugasan pertama dia diberikan bayaran komisen seperti dijanjikan. Bagaimanapun untuk tugasan seterusnya admin enggan menjelaskan bayaran komisen sebanyak RM30,700 dengan memberi pelbagai alasan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Mazli menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada terhadap taktik penipuan tawaran kerja sambilan di media sosial dengan pelbagai modus operanandi.

"Mangsa akan ditawarkan kerja separuh masa sebagai ejen pembelian dalam talian dan dijanjikan sebanyak 10 peratus komisen untuk setiap pembelian yang dilakukan.

"Mangsa kemudiannya diminta membuka pautan yang diberikan dan diarahkan menyelesaikan tugasan dengan memilih barangan untuk dibeli daripada 'chart' yang terdapat dalam pautan berkenaan,” katanya.

MENARIK:  ULASAN | Siapa Ebrahim Raisi?

Seterusnya beliau berkata mangsa akan menerima komisen bagi pembelian awal untuk memberi keyakinan sebelum admin menghilangkan diri selepas bayaran dibuat oleh mangsa untuk pembelian selanjutnya.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular