Lelaki serah diri pada polis lepas bunuh isteri

Shopee Sale

Seorang lelaki menyerah diri di balai polis selepas membunuh isterinya dengan menggunakan pisau dalam sebuah bilik hotel di Jalan Pejabat Pos, Batu Gajah, Perak semalam.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, ACP Md Noor Aehawan Mohamad, berkata suspek berusia 36 tahun ditahan selepas menyerah diri di Balai Polis Batu Gajah pada kira-kira jam 2 petang.

Katanya suspek menyerah diri di kaunter aduan dengan memaklumkan dia telah membunuh isterinya berusia 32 tahun dalam bilik di hotel terbabit.

“Bertindak terhadap maklumat itu, pihak polis menemukan mangsa dengan kesan tikaman serta sebilah pisau yang dipercayai digunakan suspek di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Menurut Md Noor, siasatan awal mendapati motif pembunuhan dipercayai kerana suspek tidak berpuas hati apabila mangsa masih ingin meneruskan tuntutan fasakh walaupun telah dipujuk.

"Suspek dan mangsa hadir ke hotel secara berasingan dan menginap di bilik sama semalam," katanya.

Menurut Md Noor, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Polis juga meminta orang ramai yang mempunyai maklumat agar menghubungi pegawai penyiasat kanan, ASP VK Gunaselan di talian 012-3634341 bagi membantu siasatan.

Sementera itu, bapa saudara mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Johari ketika ditemui di Batu Gajah berkata dia tidak menyangka nasib anak saudaranya itu berakhir dengan tragedi menyedihkan.

MENARIK:  Tindak-tanduk kerajaan jadi bola tanggung pihak lawan di Sg Bakap - Puad

"Memang dia dan suami tidak sefahaman dan rumah tangga mereka mengalami keretakan hingga ke fasa penceraian namun tidak sangka terjadi perkara seperti ini.

"Mungkin mereka bertemu untuk berbincang namun ia menjadi kecoh selepas mangsa tidak pulang ke rumah semalam dan hari ini saya terima berita dia sudah tiada," katanya.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular