Lesen kami masih sah – pengedar stoking bertulis ‘Allah’

Shopee Sale

Xin Jian Chang Sdn Bhd, yang terpalit kontroversi penjualan stoking bertulis kalimah Allah, berkata lesen mereka masih sah.

Syarikat berpangkalan di Johor itu berkata Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) memberikan tempoh 30 bermula daripada semalam untuk mereka mengemukakan pernyataan bertulis sebelum keputusan dibuat.

“Oleh itu, lesen perniagaan kami masih sah sehingga majlis mempertimbangkan pernyataan bertulis kami.

“Laporan media yang menyatakan bahawa lesen perniagaan kami telah dibatalkan adalah tidak tepat,” kata syarikat itu. 

Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) semalam mengumumkan “pembatalan” lesen operasi Xin Jian Chang atas alasan melanggar syarat dalam isu stor dan pengedaran kasut, yang tidak diperincikan.

Menerusi hantaran di Facebook, MPBP berkata mereka menyerahkan notis pembatalan kepada pengarah urusan syarikat terbabit Xin Jian Chang, Soh Hui San.

Dalam kenyataan hari ini, Xin Jian Chang mendedahkan mereka dijemput secara tidak rasmi untuk bertemu dengan yang dipertua MPBP Ezahar Abu Sairin semalam.

Dalam pertemuan tersebut, Xin Jian Chang berkata mereka diberikan notis yang mendakwa tidak patuh terhadap syarat-syarat lesen perniagaan, khususnya berkaitan pembungkusan stoking.

Sementara itu, syarikat itu juga berkata sedang mendapatkan nasihat undang-undang untuk melindungi kepentingan mereka.

“Kami juga ingin merekodkan penghargaan kami terhadap sokongan yang diterima

MENARIK:  Cubaan hidupkan ajaran Ayah Pin dalam perhatian k'jaan

daripada rakan-rakan perniagaan kami dan komited untuk mengatasi cabaran ini,” katanya.

Kontroversi itu timbul minggu lalu apabila stoking yang bertulis perkataan “Allah” didapati dijual cawangan KK Super Mart di Bandar Sunway, Petaling Jaya tular.

KK Super Mart mengeluarkan permohonan maaf, menghentikan penjualan produk itu serta menamatkan kontrak dengan Xin Jian Chang.

Xin Jian Chang juga meminta maaf tetapi menyalahkan syarikat Mu Mian Qing Hosiery dari China kerana menghantar stoking yang silap.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular