Lesen media sosial tak libatkan pengguna – Fahmi

Shopee Sale

Kerangka kawal selia atau perlesenan perkhidmatan media sosial yang diperkenalkan hari ini dan berkuat kuasa mulai tahun depan, tidak melibatkan pengguna platform media sosial berkenaan, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Beliau yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata sebaliknya perlesenan itu hanya terpakai kepada pihak penyedia perkhidmatan media sosial, justeru pengguna tidak perlu untuk mendapatkan lesen tersebut.

“Ada pihak-pihak yang menyatakan pandangan yang jauh lari daripada realiti proses sebenar pelesenan.

"Saya ingin jelaskan ia terpakai kepada pemberi perkhidmatan sahaja, bukan kepada pengguna atau pempengaruh.

“SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) akan terbitkan satu FAQ untuk memberi penjelasan berhubung sistem perlesenan itu,” katanya dalam sidang media di Putrajaya hari ini.

Fahmi berkata dalam tempoh 1 Ogos sehingga 31 Dis ini, SKMM juga akan mengadakan sesi libat urus dengan semua pemegang taruh, termasuk wakil platform media sosial dan sistem pesanan internet untuk mengenal pasti code of conduct dan tindakan akibat kegagalan memiliki lesen atau ingkar arahan.

MENARIK:  ‘Tiada keperluan untuk PN bincang soal calon PM selain Muhyiddin’

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular