Letak calon PAS di Nenggiri untuk elak kesilapan lalu, kata Nuridah

Shopee Sale

PAS dilaporkan terus mendesak untuk mendapatkan semula kerusi Nenggiri daripada Bersatu, menjelang pilihan raya kecil (PRK) di kawasan berkenaan pada 17 Ogos ini.

Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat Nuridah Mohd Salleh berkata dia yakin jika calon dari parti itu dipilih - dan memenangi kerusi berkenaan - wakil rakyat terbabit tidak akan berpaling tadah seperti Mohd Azizi Abu Naim yang kini sudah dilucutkan kedudukannya.

“Warga Nenggiri sudah tentu kecewa angkara pengkhianatan bekas Adun tersebut yang menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Anwar Ibrahim pada 7 Nov lalu.

“Kekecewaan ini juga bukan sahaja terkait dengan Adun tersebut, namun pada enam lagi ahli parlimen dan seorang Adun Bersatu yang bertanding atas tiket PN tetapi akhirnya menyokong kerajaan,” katanya dipetik harakahdaily.

Kenyataan Nuridah itu dibuat ketika perkembangan mengenai PRK Nenggiri semakin menarik apabila PAS dan Bersatu sudah menyatakan hasrat untuk meletakkan calon kerusi bawah kawasan parlimen Gua Musang berkenaan.

Lazimnya Kelantan adalah kubu utama PAS dan mereka menguasai sebahagian besar kerusi DUN negeri terbabit.

Kerjasama dalam PN menyaksikan beberapa kerusi DUN Kelantan diserahkan PAS kepada Bersatu dalam PRU ke-15 dan PRN 2023. Pun begitu semua calon menerima watikah - untuk melayakkan mereka bertanding - daripada pucuk pimpinan PAS.

Muhyiddin Yassin

Pengerusi PN Muhyiddin Yassin pada 28 Jun lalu sudah menyatakan bahawa partinya Bersatu akan bertanding semula di kerusi DUN Nenggiri, malah sedang mengenal pasti calon yang difikirkan sesuai.

Tiga hari kemudian kenyataan Muhyiddin 'disambut' oleh Pemuda PAS Gua Musang dengan berkata, parti itu mempunyai ramai calon yang layak untuk bertanding di Nenggiri.

Ketuanya Mohd Habidin Hanipa juga dilaporkan memberi komitmen menggerakkan jentera parti secara maksimum hanya jika calon terbabit datang dari PAS.

Untuk rekod Gua Musang dan DUN di bawahnya merupakan salah satu kubu kuat Umno-BN sebelum ia dimenangi oleh PN dalam PRN tahun lalu.

Menurut Nuridah 90 peratus daripada jentera PN di Nenggiri terdiri daripada ahli atau penyokong PAS, justeru adalah adil untuk mereka diberi peluang ‘menebus semula’ kerusi itu.

MENARIK:  Azizi beri laluan kepada PH-BN pada PRK Nenggiri

“Sesungguhnya rakyat Nenggiri harus diyakinkan dan calon yang dipilih adalah calon yang tetap pendirian dan tidak mengulangi kesilapan yang telah berlaku,” katanya.

Tambah Nuridah lagi kesediaan Bersatu memberi laluan kepada PAS akan membuktikan keterbukaan parti terbabit selain mengangkat nilai persahabatan di antara kedua-dua parti.

Sementara itu, Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin, berkata partinya memang lebih bersedia untuk bertanding di Nenggiri dan percaya rundingan tersebut tidak akan membawa kepada perpecahan dalam PN.

Tambah Hashim yang turut dipetik harakahdaily, dia juga yakin pemimpin tertinggi PAS dan Bersatu akan dapat mengatasi kemelut tersebut secara dalaman.

“PAS juga sentiasa bersedia jika diberi peluang mengetengahkan calon di Nenggiri,” katanya.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular