Letak jawatan? Anwar jawab 'uuu…'

Shopee Sale

Perdana Menteri Anwar Ibrahim enggan melayan desakan PAS supaya dia meletak jawatan berhubung isu titah adendum rayuan berhubung pengampunan bekas perdana menteri, Najib Razak.

Ditanya wartawan mengenai perkara itu pagi tadi, Anwar hanya tersenyum sambil berkata "oooh" sebelum berlalu bersama rombongannya.

Perdana menteri sebelum itu meluncurkan Forum Ekonomi Malaysia yang di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Isnin lalu, PAS menggesa Anwar meletakkan jawatan kerana didakwa menyembunyikan kebenaran mengenai titah tambahan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Jan tahun lalu yang akan membolehkan bekas perdana menteri itu menjalani baki hukuman penjaranya sebagai tahanan rumah.

Gesaan itu dibuat susulan surat daripada Istana Pahang minggu lalu yang mengesahkan kewujudan titah tersebut.

Ketua Penerangan PAS, Fadhli Shaari, berkata Anwar selaku perdana menteri perlu bertanggungjawab, manakala Ketua Pembangkang, Hamzah Zainudin, mendakwa penyembunyian titah tambahan itu ibarat pengkhianatan.

MENARIK:  PN: Keputusan PRK Sg Bakap referendum rakyat tolak kerajaan Madani

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular